Utusan Borneo (Sarawak)

ENGGAN BERDIAM DIRI

Langkah kesedaran, pencegahan dipergiat biarpun salah guna dadah pelajar di Sarawak terkawal.

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Langkah pencegahan dan pembantera­san akan terus diambil walaupun penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar di negeri ini masih terkawal dan tidak seburuk seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak 247 kes penyalahgu­naan dadah dikesan membabitka­n pelajar sekolah di Sarawak sejak tahun lalu.

Menurutnya, pelajar berkenaan dikesan positif dadah menerusi ujian air kencing dilakukan di beberapa sekolah di seluruh negeri yang dipilih secara rawak.

“Hasil ujian air kencing yang dilakukan di sekolah dipilih secara rawak sejak tahun lepas, kita mendapati 247 pelajar positif dadah dan daripada jumlah itu, Kuching mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu 32 kes.

“Kita boleh mengatakan jumlah itu sangat kecil, bagaimanap­un pada masa sama tetap amat bimbang dan perlu mengambil langkah pencegahan serta pembantera­san kerana tidak mahu jumlah ini meningkat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Cawangan Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Biro Wanita PEMADAM Sarawak yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak Wan Madihi Wan Salleh, Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah Madon dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak DSP Sekam Anoi.

Abdul Karim yang juga Pengerusi PEMADAM Sarawak berkata, sehubungan itu ujian air kencing di sekolah di seluruh negeri akan diteruskan dan pemilihan sekolah dilakukan secara rambang.

Beliau turut menegaskan ujian air kencing juga akan dilakukan ke atas guru berikutan berlakunya kes penyalahgu­naan dadah melibatkan guru di negeri ini.

“Apabila kita menangani masalah penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar, kita tidak mahu terlalu terbuka kerana ia melibatkan belia atau pelajar masih bawah umur dan pada masa sama, perlu menjaga nama baik sekolah.

“Oleh sebab itulah, nama sekolah ujian air kencing dilakukan tidak diumumkan, begitu juga nama institusi pengajian tinggi, cuma yang berlaku baru-baru ini di luar kawalan kita kerana ia berlaku di Semenanjun­g Malaysia,” ujarnya.

Mengenai cara pengedaran dadah di sekolah, Abdul Karim berkata hasil kajian mendapati pengedar dadah yang aktif di luar akan memilih ‘tali barut’ dalam kalangan pelajar untuk mengedar dadah kepada pelajar lain.

Menurutnya lagi, ‘tali barut’ itu akan menjadi ketua pengedar dadah di sekolahsek­olah dan dalam kalangan pelajar.

Oleh itu, katanya, menjadi tanggungja­wab semua pihak untuk mengenal pasti ‘pihak yang menjadi penghubung’ antara pengedar dan pelajar.

Beliau turut memberitah­u trend penyalahgu­naan dadah di Malaysia secara amnya telah berubah berbanding tahun 1970-an dan 1980-an yang lebih cenderung kepada dadah dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti heroin, morfin dan ganja.

Hari ini, katanya, penyalahgu­naan dadah cenderung kepada dadah sintetik baharu yang dihasilkan di dalam makmal dan mudah dibawa masuk sekolah.

“Walaupun secara amnya, Sarawak di kedudukan ketiga terbawah dalam kes penyalahgu­naan dadah negeri di Malaysia, tidak bermakna kita boleh membiarkan ia begitu sahaja.

“Ini kerana jika tidak ditangani dan diawasi dengan mendalam, ia ibarat api, mulanya hanya membara seterusnya menjadi api besar sehingga amat sukar ditangani,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Abdul Karim berkata PEMADAM Sarawak akan memperluas­kan kempen kesedaran penyalahgu­naan dadah ke sekolah-sekolah luar bandar di negeri ini.

Beliau berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira penyalahgu­naan dadah kini tidak hanya melibatkan pelajar sekolah di bandar tetapi luar bandar yang terletak berhampira­n sempadan negara.

“Kita akan mengadakan kempen kesedaran tidak hanya di sekolah-sekolah yang didapati ada pelajar positif dadah hasil ujian air kencing tetapi sekolahsek­olah lain di luar bandar.

“Ini kerana masalah penyalahgu­naan dadah adalah meluas tidak hanya melibatkan satu bangsa, agama dan daerah. Sekarang, kita menerima aduan penyalahgu­naan dadah berlaku di rumah panjang seperti di Long San, Miri yang berhampira­n sempadan negara antara Sarawak dan Indonesia,” ujarnya.

Menurutnya, kempen kesedaran itu penting kerana ia pelengkap kepada usahausaha pembantera­san penyalahgu­naan dadah dilakukan oleh agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan AADK.

“Kalau kita melihat masalah dadah di Sarawak, kalau hendak dikatakan sifar atau tidak serius, tidak juga, berat pun tidak, Sarawak masih negeri yang berada di tangga ketiga terbawah dalam kes penyalahgu­naan dadah.

“Tetapi tidak bermakna kita boleh berdiam diri kerana masalah penyalahgu­naan dadah ini ibarat bara api, apabila tidak dikawal akan menjadi api besar yang akhirnya amat sukar dibendung,” ujarnya.

Beliau juga berkata, orang ramai sering keliru dengan peranan PEMADAM sehingga wujud persoalan tiada tindakan diambil seperti tangkapan jika berlakunya kes melibatkan penyalahgu­naan dadah dalam masyarakat.

“Peranan sebenar PEMADAM ialah memberi kesedaran kepada masyarakat menerusi program-program diadakan mengenai bahayanya penyalahgu­naan dadah, bukannya tindakan penguatkua­saan,” jelasnya.

 ??  ?? PERLU SERIUS: Abdul Karim (tengah) pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras PEMADAM Sarawak, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Wan Madihi, Sekam, Sharifah Hasidah dan Rakayah.
PERLU SERIUS: Abdul Karim (tengah) pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras PEMADAM Sarawak, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Wan Madihi, Sekam, Sharifah Hasidah dan Rakayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia