Utusan Borneo (Sarawak)

RAKIT TERSANGKUT, HASRAT TERBANTUT

-

MIRI: Hasrat seorang pelancong warga asing untuk merakamkan keindahan pemandanga­n Sungai Limbang terbantut apabila rumah rakitnya tersangkut di tebing sungai berhampira­n Kampung Limpaong, Limbang semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi ketika pelancong terbabit yang dikenali sebagai Jonathan Wayne, 71, dari Amerika Syarikat sedang menyusuri sungai itu dari hulu bandar Limbang menuju ke muara dengan menaiki sebuah bot lama yang telah diubah suai menjadi rumah rakit.

Ketika menyusuri Sungai Limbang, rumah rakit Jonathan yang menggunaka­n enjin sangkut lapan kuasa kuda mula hilang kawalan dan dihanyutka­n oleh arus deras sungai hingga ke tebing.

Mangsa bernasib baik kerana rakitnya tersangkut pada besi kapal lama di tepi sungai tersebut.

Difahamkan, semasa mangsa memulakan pelayaran, air sungai sedang surut.

Sementara itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menerima panggilan kecemasan jam 8.03 pagi bergegas ke lokasi.

Sebaik tiba, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang terus melakukan operasi dengan menarik rumah rakit mangsa ke tempat yang lebih selamat, namun gagal kerana terlalu berat.

Mereka terpaksa meminta bantuan daripada bot orang awam yang lebih besar dan sebuah bot Polis Marin untuk menarik rumah rakit mangsa dan seterusnya rakit tersebut ditambat di Kampung Pebahanan.

Difahamkan, Jonathan yang berlayar seorang diri menggunaka­n rumah rakit itu berhasrat untuk merakam keindahan pemandanga­n Sungai Limbang sebelum menuju ke destinasi seterusnya iaitu Brunei Darussalam dan Kuching.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

 ??  ?? TERSANGKUT: Keadaan rumah rakit Jonathan yang tersangkut di tepi Sungai Limbang pagi semalam.
TERSANGKUT: Keadaan rumah rakit Jonathan yang tersangkut di tepi Sungai Limbang pagi semalam.
 ??  ?? SELAMAT: Jonathan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
SELAMAT: Jonathan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia