Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK MAMPU KEKAL MOMENTUM

Baki tiga perlawanan Liga Super menjadi penentu nasib skuad bimbingan Pengiran Bala musim ini

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Pemangku ketua jurulatih Sarawak, Pengiran Bala menyifatka­n baki tiga perlawanan Liga Super menjadi penentu nasib skuad Sarawak musim depan.

Sarawak dijadualka­n bertemu Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 20 September ini sebelum meneruskan dua aksi di laman sendiri bagi melayan kunjungan Kedah FA ( 30 September) dan T-Team pada 21 Oktober depan.

M e njelaskan perkara itu, Pengiran Sarawak dilihat masih berpeluang untuk terus bersaingan dalam liga domestik utama itu berdasarka­n kedudukan semasa.

“Meskipun menduduki tangga ke- 11 dalam carta dengan kutipan 17 mata, skuad Ngap Sayot mampu memintas kedudukan semasa T-Team (19 mata), Kelantan dan Melaka United masing- masing berkongsi 18 mata,” katanya di sini semalam.

Bagaimanap­un, Sarawak memerlukan kemenangan untuk mengutip mata penuh dalam setiap baki per- lawanan bagi membuka laluan untuk kekal dalam kempen Liga Super musim depan (2018).

Mengakui sukar, namun Pengiran Bala tetap yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya dalam mengharung­i tiga perlawanan yang dianggap kompetitif.

“Ya tidak dinafikan, ia (perlawanan) bukanlah mudah tetapi, saya yakin kita mampu melakukann­ya (menang).

“Kita akan lakukan yang terbaik untuk mengutip mata maksimum dalam baki tiga perlawanan agar terus kekal dalam Liga Super musim depan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengambil kira prestasi pasukan Sarawak ketika bangkit mengikat Terengganu 33 dalam aksi Piala Malaysia Sabtu lalu, Pengiran Bala optimis Sarawak mampu mengekalka­n momentum cemerlang itu.

Mengulas soal tahap kecergasan pemain-pemain, beliau mendedahka­n tonggak pertahanan kebangsaan, Ronny Harun tidak dapat beraksi ekoran dilanda kecederaan.

“Kita akan kehilangan kelibat Ronny (Harun) sehingga tamat musim ini kerana beliau masih mengalami kecederaan. “Tetapi posisi beliau (Ronny) akan digantikan dengan pemainpema­in lain bagi memastikan benteng pertahanan skuad kita terus mantap,” katanya. Menurutnya, Sarawak tidak mempunyai pilihan lain dalam baki tiga perlawanan Liga Super musim ini kecuali menang untuk keluar daripada zon penyingkir­an.

Meskipun menduduki tangga ke-11 dalam carta dengan kutipan 17 mata, skuad Ngap Sayot mampu memintas kedudukan semasa T-Team (19 mata), Kelantan dan Melaka United masing-masing berkongsi 18 mata. Pengiran Bala Jurulatih Sarawak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGIRAN BALA Bala berkata
PENGIRAN BALA Bala berkata

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia