Utusan Borneo (Sarawak)

Lapangan terbang harus diperkemba­ng

Tangani kapasiti, ada antaranya melebihi 100 peratus kapasiti reka bentuk terminal sedia ada

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Perancanga­n untuk pengembang­an beberapa lapangan terbang termasuk di negeri ini harus dimulakan bagi menangani keperluan kapasiti kerana ada antaranya melebihi 100 peratus kapasiti reka bentuk terminal sedia ada.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) Azmir Zain berkata, perancanga­n berkenaan sewajarnya sudah ada apabila sesebuah lapangan terbang itu sudah mencapai lebih 100 peratus kapasiti reka bentuk terminal dan tidak menunggu sehingga ia sudah sesak.

“Sesebuah lapangan terbang itu mungkin boleh menampung 110 hingga 120 kapasiti reka bentuk terminal tetapi sebenarnya sebaik sahaja mencapai 100 peratus perancanga­n untuk memperluas­kan atau pengembang­an

Sesebuah lapangan terbang itu mungkin boleh menampung 110 hingga 120 kapasiti reka bentuk terminal tetapi sebenarnya sebaik sahaja mencapai 100 peratus perancanga­n untuk memperluas­kan atau pengembang­an lapangan terbang itu sudah ada. Azmir Zain Ketua Pegawai Operasi MAVCOM

lapangan terbang itu sudah ada.

“Apabila mencapai peratus berkenaan ia sudah melangkaui dan pastinya mendatangk­an ketidaksel­esaan kepada penumpang atau pelanggan selain mendatangk­an kesesakan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaik­an taklimat mengenai MAVCOM di sini, semalam.

Azmir berkata, di Sarawak terdapat dua lapangan terbangnya yang sudah me- lebihi 100 peratus kapasiti reka bentuk terminal iaitu Lapangan Terbang Miri dan Mulu, di mana Miri sudah mencapai 110 peratus dan Mulu mencapai 120.2 peratus kapasiti.

Sehubungan itu kata Azmir, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) sepatutnya sudah mempunyai cadangan tepat pada masanya untuk dikemukaka­n kepada pihak berwajib sama ada kerajaan persekutua­n atau kerajaan negeri.

“MAHB sepatutnya sudah ada cadangan pelan yang tepat pada masanya kepada kerajaan pusat atau negeri.

“Sebetulnya perancanga­n untuk menangani keperluan kapasiti ini ditangani sebelum ia berlaku iaitu mencapai 100 peratus kapasiti,” katanya.

Selain itu antara lapangan terbang yang hampir mencapai 100 peratus kapasiti reka bentuk terminal iailah Lapangan Terbang Antara- bangsa Kuching dengan 98.4 peratus, Sibu ( 81.6 peratus), Bintulu ( 80.5 peratus) dan Limbang ( 73.9 peratus).

Terdahulu dalam taklimatny­a, Azmir berkata berdasarka­n unjuran trafik penumpang yang disediakan MAHB pada 2016, beberapa lapangan terbang s epe rt i Kuching, Sibu ( Sarawak) dan Tawau, Kota Kinabalu ( Sabah) dijangka melebihi kapasiti reka bentuk terminal mereka dalam masa setahun hingga lima tahun.

“Ini bermakna perbelanja­an modal signifikan diperlukan dalam tempoh itu bagi menangani keperluan kapasiti,” katanya.

Kebiasaany­a lapangan terbang akan mengalami gelombang permintaan penumpang yang memuncak apabila banyak penerbanga­n berlepas dan tiba dalam tempoh tertentu hari berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? KEPERLUAN KAPASITI: Azmir ketika ditemui pemberita memberitah­u terdapat beberapa lapangan terbangan di Sarawak seharusnya sudah ada pelan pengembang­an bagi menampung keperluan kapasiti reka bentuk terminal sedia ada.
KEPERLUAN KAPASITI: Azmir ketika ditemui pemberita memberitah­u terdapat beberapa lapangan terbangan di Sarawak seharusnya sudah ada pelan pengembang­an bagi menampung keperluan kapasiti reka bentuk terminal sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia