Utusan Borneo (Sarawak)

15 keluarga terjejas banjir di Engkilili dibenar pulang

APM turut tinjau kawasan risiko banjir di Selangau, Tamin

- Oleh Kelvin Lambai dan Patricia Gari

ENGKILILI: Sejumlah 15 keluarga melibatkan 35 penduduk dari Rumah Lembu, Entalun Skrang, Engkilili dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Dr Johnical Rayong tengah malam Ahad lalu dibenarkan pulang ke rumah panjang mereka tengah hari semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, berikutan air Sungai Entalun surut serta dalam keadaan normal sejak awal pagi semalam, maka penduduk dari Rumah Lembu dibenarkan pulang ke rumah panjang mereka bagi meneruskan rutin harian.

Justeru, katanya, Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Dr Johnical Rayong ditutup jam 1.30 petang semalam.

“Bagaimanap­un, Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Dr Johnical Rayong akan dibuka pada bila-bila masa jika terdapat mangsa banjir perlu dipindahka­n sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinka­n,” katanya di sini semalam.

Siti Huzaimah berkata, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman menyediaka­n sebuah lori bagi membantu menghantar mangsa mangsa banjir ke rumah panjang mereka di Entalun, Skrang.

“Anggota kita diarahkan membantu menghantar mereka ke rumah panjang bagi memastikan mereka selamat sampai,” jelasnya.

Beliau menambah, pihaknya bersiap siaga sekiranya hujan turun semula sekiranya berlaku banjir mengejut memandangk­an keadaan cuaca ketika ini tidak menentu.

Sementara itu, APM Sri Aman turut membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sri Aman membantu menghantar sebanyak 73 bungkusan bekalan barang makanan kepada penduduk di dua rumah panjang iaitu di Rumah Repong dan Rumah Rawing di Tebarong, Engkilili.

Katanya, penduduk dari Tebarong tidak dipindahka­n ke pusat pemindahan disebabnya hanya terputus hubungan melalui jalan raya kerana ditenggela­mi air,” jelasnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, sebagai langkah berjaga-jaga APM Bahagian Sibu pagi semalam melakukan tinjauan di kawasan berisiko banjir di sekitar Parlimen Se- langau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin.

Pasukan peninjau melakukan tinjauan di tebingan Sungai Oya dan mendapati hujan lebat menyebabka­n air sungai berkenaan melimpahi ke tebing sungai.

Keadaan itu menyebabka­n kawasan bawah rumah panjang Rumah Harisson yang berada di tebing sungai berkenaan turut dinaiki air.

Bagaimanap­un, Sekretaria­t JPBN Sarawak melaporkan rumah panjang tidak terjejas dan keadaan terkawal setakat jam 2 petang semalam.

APM Bahagian Sibu turut membantu membawa empat pengawas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menggunaka­n bot melalui Sungai Oya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Ng Tajam selepas jalan menuju ke sekolah berkenaan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

Tinjauan pasukan peninjau APM juga mendapati jalan menuju ke SK St Mark ditenggela­mi air setinggi dua kaki dan 10 inci, namun bangunan kelas, kuaters guru dan asrama murid tidak dinaiki air.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melaporkan setakat jam 2 petang semalam, empat sungai iaitu Nanga Merurung Kapit, Sungai Salim B Sibu, Long Panai Miri dan Sungai Baram , Long Panai Miri mencatat bacaan paras amaran.

Manakala paras air lima lagi lokasi iaitu Durin Baazar Sibu Rajang, Sarawak Maritime Sibu, Rajang, Stabau Sibu Oya , Sungai Bawan Mukah/ Balingian dan Rumah Along Bintulu berada pada paras berjaga-jaga.

Bagaimanap­un, Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Dr Johnical Rayong akan dibuka pada bila-bila masa jika terdapat mangsa banjir perlu dipindahka­n sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinka­n. Siti Huzaimah Ibrahim Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman

 ??  ?? BANTUAN: Anggota APM Sri Aman membantu penduduk Rumah Lembu, Entalun Skrang menurunkan barang sebaik sahaja tiba di pekarangan rumah panjang mereka.
BANTUAN: Anggota APM Sri Aman membantu penduduk Rumah Lembu, Entalun Skrang menurunkan barang sebaik sahaja tiba di pekarangan rumah panjang mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia