Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu, kelindan lori cedera, bir bertaburan dikumpul orang ramai

-

MIRI: Seorang pemandu lori dan kelindanny­a cedera ringan selepas lori yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di hadapan simpang Jalan Bukit Peninjau, Beluru di Bakong pagi kelmarin.

Kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 5.15 pagi ketika lori berkenaan yang sarat dengan muatan beratusrat­us karton bir sedang dalam perjalanan menuju ke pekan Beluru.

Pihak Bomba dan Penyelamat Zon Miri yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.22 pagi bergegas ke tempat kejadian yang terletak lebih sejam perjalanan dari Miri untuk membantu mengeluark­an kedua- dua mangsa yang dipercayai tersepit di dalamnya.

Sementara itu, beratusrat­us karton bir yang dibawa oleh lori berkenaan turut tercampak keluar dan berselerak di atas jalan serta jatuh ke bawah tebing sehingga menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang serta penduduk kampung yang tinggal di kawasan berhampira­n.

Malah, ramai yang turut mengambil kesempatan men- gumpul bir-bir berkenaan yang jatuh ke atas jalan dan tanah di tepi jalan tersebut.

Menurut sumber, mereka mengesyaki muatan bir yang sarat dibawa lori berkenaan adalah bir seludup yang dipercayai untuk dijual di pasaran luar bandar seperti ke pekan Beluru, Lapok dan Long Lama.

Utusan Borneo juga difahamkan di pekan-pekan berkenaan, bir-bir ini dijual pada harga serendah RM4 dan RM5 setin, manakala di pekan Lapok, harganya dikatakan lebih rendah iaitu dari RM3 dan RM3.50 setin.

Sementara itu, gambargamb­ar dan isu berkenaan turut menjadi tular di mediamedia sosial dengan pelbagai spekulasi ditimbulka­n, termasuk ada yang mendakwa ia adalah bir yang telah tamat tempoh dan akan dilupuskan.

Namun, melalui beberapa laman bual sosial terutama WhatsApp, beberapa pihak mendakwa bir berkenaan tidak tamat tempoh seperti yang didakwa.

 ??  ?? KEMALANGAN: Anggota bomba sedang berusaha mengeluark­an kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam lori berkenaan.
KEMALANGAN: Anggota bomba sedang berusaha mengeluark­an kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam lori berkenaan.
 ??  ?? BERTABURAN: Orang ramai berebut mengumpul bir-bir yang tercampak keluar dari lori kargo tersebut.
BERTABURAN: Orang ramai berebut mengumpul bir-bir yang tercampak keluar dari lori kargo tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia