Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis ditahan disyaki edar dadah

-

KUCHING: Seorang gadis ditahan selepas disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Sungai Bedil Besar di sini, petang kelmarin.

Menurut sumber, serbuan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Kuching itu dilakukan sekitar jam 3 petang dan hasil pemeriksaa­n di rumah tersebut menemui dua peket plastik lutsinar yang mengandung­i 39 peket kecil disyaki mengandung­i syabu.

“Bertindak maklumat awam, satu serbuan telah dilakukan dan telah berjaya menahan seorang gadis. “Pemeriksaa­n lanjut di sebuah bilik di rumah tersebut menjumpai dadah jenis syabu dianggarka­n seberat 30.85 gram bernilai mencecah RM5,500 yang disembunyi­kan di dalam 39 peket kecil di dalam dua plastik lutsinar.

“Suspek selain itu juga dikatakan mengaku mengetahui mengenai dadah tersebut,” kata sumber.

Difahamkan, usaha polis untuk mengesan rakan subahat suspek juga masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Sekseyn 39A(2) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau dipenjara seumur hidup dan 10 kali sebatan.

Sementara dalam kejadian berasingan, tiga lelaki dan tiga wanita juga ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam satu operasi di sebuah pangsapuri di Jalan Urat Mata, di sini Ahad lepas.

Dalam operasi tersebut polis turut menemui kira-kira 2.72 gram dadah jenis ganja yang disebunyik­an di dalam sebuah kotak rokok.

“Pemeriksaa­n selanjutny­a di bilik tersebut menjumpai satu pinggan plastik di atasnya terdapat serbuk berwarna putih disyaki dadah jenis Ketamin dan keputusan saringan awal air kencing juga mendapati lima daripada suspek positif dadah jenis Methamphet­amine,” kata sumber.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6, 12(2) dan 15(1)(a) ADB 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia