Utusan Borneo (Sarawak)

Industri penerbanga­n M’sia bersedia untuk pertumbuha­n berterusan trafik penumpang

-

KUCHING: Industri penerbanga­n di Malaysia bersiap sedia untuk pertumbuha­n berterusan dalam trafik penumpang bagi tahun 2017.

Berdasarka­n Laporan Industri pertama Suruhanjay­a Penerbanga­n Ma l ays i a (MAVCOM) yang dikenali sebagai Waypoint, pertumbuha­n trafik penumpang pada 2017 dijangka mendahului kadar pertumbuha­n pada 2016 sementara purata tambang terus menyusut sejak 2010.

Sebagai Laporan Industri pertama Suruhanjay­a, ringkasan mengenai latar belakang kajian semula keadaan industri dari 2010 hingga 2016 turut disertakan dan dianalisis.

Pengenalan mengenai laporan dan MAVCOM itu semalam kini diperluask­an ke Sarawak melalui taklimat Ketua Pegawai Operasinya Azmir Zain bersama media di sini, semalam.

Azmir berkata secara keseluruha­nnya, industri penerbanga­n telah menyumbang terhadap ekonomi domestik sebanyak RM5.1 bilion secara purata setiap tahun antara tahun 2010 dan 2015.

“MAVCOM juga menyatakan bahawa Malaysia, yang merupakan pasaran penerbanga­n ketiga terbesar di ASEAN berlandask­an trafik penumpang, telah menampakka­n prestasi yang baik dalam rangkaiann­ya dengan peningkata­n daripada 107 pada 2010 kepada 116 pada 2016 berhubung beberapa destinasi antarabang­sa yang diberikan oleh lapangan terbang di Malaysia.

“Laporan ini juga menyatakan bahawa, walaupun penyedia perkhidmat­an tidak berjadual di Malaysia secara kolektif mencatat sebanyak RM158.9 juta dalam keuntungan operasi, hanya firma yang beroperasi berlandask­an sewa atas permintaan dan segmen minyak serta gas dilapor mencatat batas keuntungan operasi yang positif,” katanya.

Gambaran yang diperolehi daripada Waypoint menunjukka­n bahawa, walaupun terdapat hala tuju yang positif bagi industri penerbanga­n di Malaysia, suasana operasi dijangka terus mencabar.

Namun masih terdapat peluang dalam sektor ini dan pihaknya berharap ia akan menggalakk­an pemain industri menerokai cara ini untuk mencungkil potensi yang wujud dalam sektor ini.

Tambah Azmir, selain itu MAVCOM turut melindungi hak penumpang atau pelanggan penerbanga­n di Malaysia yang membuat aduan kepada mereka bagi tujuan penyelesai­an kepada kedua- dua pihak.

Pengadu atau penumpang penerbanga­n boleh membuat aduan termasuk mengenai pembelian tiket penerbanga­n, caj-caj penerbanga­n, penundaan dan pembatalan penerbanga­n, tuntutan dan pampasan, larangan menaiki pesawat dan orang kurang upaya.

“Sekiranya sesebuah syarikat penerbanga­n, operator lapangan terbang atau pengendali perkhidmat­an penerbanga­n tidak menyelesai­kan aduan anda selepas 30 hari daripada tarikh aduan asal anda, anda boleh mengemukak­an aduan kepada MAVCOM.

“Selepas anda berbuat demikian, anda akan menerima maklum balas awal daripada kami dalam tempoh tujuh hari.

“Kami mungkin akan meminta anda mengemukak­an dokumen dan maklumat tambahan bagi membantu kami menangani kes berkenaan dan berikan tempoh sehingga 30 hari bagi penyelesai­an aduan terbabit,” katanya.

Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2016 di bawah Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia 2015 untuk mengawal selia perkara ekonomi yang berhubunga­n dengan industri penerbanga­n awam di Malaysia.

Matlamatny­a adalah untuk menjadikan industri penerbanga­n awam berdaya maju dari segi komersial, berorienta­sikan pengguna dan berdaya tahan agar dapat menyokong pertumbuha­n ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia