Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan elektrik sistem solar beri kemudahan kepada penduduk

-

BINTULU: Pelaksanaa­n projek pembekalan elektrik secara sistem solar memberi kemudahan kepada penduduk di Sebauh khususnya di pedalaman, kata Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi.

Menurutnya, Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) memberi manfaat besar kepada penduduk rumah panjang sekitar Sebauh khususnya di kawasan Binyo.

“Projek SARES yang dilaksanak­an kerajaan secara tidak langsung memberi nafas baharu kepada penduduk di luar bandar menikmati bekalan elektrik 24 jam sementara menunggu tenaga elektrik dijana menerusi sistem grid,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penyerahan projek hak milik solar SARES kepada 13 rumah panjang di kawasan Binyo di Pejabat Daerah Sebauh di sini petang semalam.

Rumah panjang terlibat ialah Rumah Mekai, Rumah Peter, Rumah Irai, Rumah Binit, Rumah Sigi, Rumah Pantang, Rumah Joseph, Rumah Edau, Rumah Serang, Rumah George, Rumah Bampi dan Rumah Hulu semuanya di kawasan Binyo.

Jelasnya, melalui projek ini secara tidak langsung membolehka­n penduduk rumah panjang menikmati kemudahan elektrik lebih murah dan senang diuruskan.

“Penduduk di Sebauh harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mementingk­an keselesaan penduduk dengan memberi kemudahan prasarana serta infrastruk­tur terbaik,” ujarnya.

Pada majlis itu, tuai rumah daripada 13 rumah panjang turut menandatan­gani perakuan siap kerja dan penyerahan hak milik SARES bagi diserahkan serta dikendalik­an oleh tuai rumah dan penduduk terlibat.

Hadir sama Pegawai Khas Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom iaitu Thadeus Ling Allu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Jenny Bangga dan Penghulu Michael Lanyau.

 ??  ?? PENYERAHAN: Tuai rumah daripada 13 rumah panjang di kawasan Binyo menandatan­gani perakuan siap kerja serta penyerahan hak milik SARES kepada mereka pada majlis itu semalam.
PENYERAHAN: Tuai rumah daripada 13 rumah panjang di kawasan Binyo menandatan­gani perakuan siap kerja serta penyerahan hak milik SARES kepada mereka pada majlis itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia