Utusan Borneo (Sarawak)

261 lot melibatkan 820 ekar tanah diwakafkan

-

MIRI: Sejumlah 261 lot melibatkan 820 ekar tanah berjaya diwakafkan di Sarawak sementara 125 lot lagi (55 ekar) tanah masih dalam proses dokumentas­i.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak ( MIS) Datu Misnu Taha berkata menerusi Skim Wakaf Semasa juga sejumlah 12 inisiatif baharu diwujudkan bagi pengurusan wakaf.

Ia merangkumi Wakaf Pendidikan (lima), Wakaf Kesihatan, Wakaf Komersil, Wakaf Pembanguna­n dan Wakaf Tunai (dua).

“Kita berusaha mewujudkan Wakaf Pendidikan (penyelengg­araan sekolah- sekolah MIS dan penyediaan infrastukt­ur), Wakaf Tunai dan Wakaf Fasiliti (Pengurusan Hartanah Wakaf),” katanya pada Majlis Perasmian Seminar Wakaf Negeri Sarawak di sini semalam.

Misnu berkata fokus pelaksanaa­n amalan wakaf di Sarawak terbahagi kepada tiga peranan iaitu Mendaftar Serahan Wakaf, Mewujudkan Skim Wakaf dan Mentadbir Wakaf.

“Adalah diharapkan seminar ini menjadi medan terbaik bagi merungkai segala permasalah­an, kepentinga­n dan ruang lingkup wakaf untuk kesejahter­aan umat Islam,” jelasnya.

Pada masa sama, umat Islam juga mengetahui amalan berwakaf sesuai dengan perubahan zaman dan tidak membebanka­n mereka.

“Kita percaya seminar ini mampu meninggalk­an kesan kepada peserta agar mereka berperanan lebih praktikal dan bersepadu membantu Tabung Baitulmal Sarawak memacu pembanguna­n ummah melalui amalan berwakaf,” katanya.

Sementara itu, lebih 500 peserta dari Sarawak dan Brunei Darussalam hadir pada seminar dua hari bermula semalam.

Beberapa pakar ilmuan Islam dalam amalan wakaf turut membentang­kan kertas kerja masing- masing bagi memberi pemahaman lebih terperinci kepada peserta.

Antaranya Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yassin dengan kertas kerja ‘ Amalan Berwakaf’, Rektor UITM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Jamali (Wakaf Pendidikan, Pengalaman UiTM) dan Kumpulan Perubatan Johor (Wakaf Kesihatan, Pengalaman KPJ).

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie membentang­kan ‘Wakaf Hibrid, Pengalaman Sarawak’ pada hari kedua.

Majlis penutupan rasmi dijangka disempurna­kan oleh Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia