Utusan Borneo (Sarawak)

Harga hartanah kini stabil, masa sesuai untuk pembeli, pelabur beli hartanah

-

KUCHING: Tiba masanya untuk pelabur dan pembeli yang berpotensi untuk mendapatka­n hartanah mereka pada Pameran Hartanah dan Rumah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Kuching 2017 bermula 12 hingga 19 November nanti.

Pengerusi penganjur Pameran Hartanah dan Rumah SHEDA Kuching 2017 Sim Kiang Chiok menjelaska­n bahawa rumah yang terdapat di pasaran hari ini secara purata bernilai antara RM300,000 hingga RM400,000.

“Buat masa ini, harga hartanah berada dalam keadaan stabil dan semestinya ia merupakan masa yang sesuai untuk pembeli berpotensi dan pelabur membeli hartanah impian masing-masing,” katanya pada sidang media Pameran Hartanah dan Rumah SHEDA Kuching 2017 di pejabatnya di sini semalam.

Bagaimanap­un, bagi memberi keyakinan kepada pihak perbankan untuk meluluskan permohonan pinjaman bagi memiliki hartanah tersebut, beliau menjelaska­n bahawa pemohon perlu mempunyai kedudukan pembayaran kredit yang baik serta penyata pendapatan yang telus.

Kedua-duanya memberi impak yang besar dalam membeli mana-mana jenis hartanah di sini dan mungkin sempena pameran tersebut pemaju perumahan yang menyertai berupaya memberi kelainan harga yang amat lumayan bagi pembelinya.

Sim turut memperjela­skan bahawa faktor harga hartanah banyak bergantung kepada polisi dan pematuhan yang ditentukan oleh kerajaan selain kos bahan mentah.

“Sekiranya semua ini berjaya dikurangka­n maka harga hartanah yang dijual juga akan turun. Tetapi apa yang kita lihat adalah marginnya berkadaran tetap.

“SHEDA turut membuat kajian berkaitan perbelanja­an golongan muda hari ini yang begitu banyak...sekarang terdapat banyak pemaju yang mengkhusus­kan pembanguna­n hartanah jenis pangsapuri dua bilik bermula pada harga RM350,000.

Terdapat lebih kurang 50 ruang pameran yang telah dipenuhi pihak pempamer dan masih memberi peluang kepada mana-mana pempamer har- tanah di Sarawak yang masih menunjukka­n minat, ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkina­n rumah- rumah mampu milik yang dibangunka­n kerajaan di bawah PRIMA sedikit sebanyak menggugat penjualan hartanah yang dimajukan oleh syarikat swasta di sini.

Menurut Sim, pihak SHEDA telah berjumpa dengan kerajaan negeri pada tahun lepas berikutan perbincang­an untuk membina 50 unit rumah per ekar seperti PRIMA.

Akan tetapi, sehingga hari ini pihaknya masih belum mendapat sebarang maklum balas mengenainy­a.

Pemaju perumahan percaya jika ia diluluskan maka lebih ramai pembeli berpotensi akan berupaya mendapat kediaman pertama yang diidami mereka selama ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke pejabat SHEDA di talian 019-8162191 (Angelina) atau e-melkan kepada angelina.admin.skb@sheda. org.my.

Turut hadir Bendahari SHEDA Cawangan Kuching Dr Richard Tan Yoke Seng, Pengurus Besar SHEDA Cawangan Kuching Tan Teck Kian dan Ahli SHEDA Cawangan Kuching Barapui Timothy Balangalib­un.

 ??  ?? BAGUS: Tan (dari kiri) Sim, Richard dan Barapui menunjukka­n tanda bagus di samping poster Pameran Hartanah dan Rumah SHEDA Kuching 2017 selepas tamat sidang media di pejabatnya di Kuching semalam.
BAGUS: Tan (dari kiri) Sim, Richard dan Barapui menunjukka­n tanda bagus di samping poster Pameran Hartanah dan Rumah SHEDA Kuching 2017 selepas tamat sidang media di pejabatnya di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia