Utusan Borneo (Sarawak)

KTS dan Stihl anjur Program Amal Cuci Kereta tahun depan untuk kumpul dana

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Kumpulan Syarikat KTS dan Stihl menganjurk­an Program Amal Cuci Kereta bermula tahun depan untuk mengumpul dana bagi membantu sekolah persendiri­an Cina di Sarawak dan Sabah.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Datuk Vincent Lau berkata program itu sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 kerjasama antara Kumpulan KTS dan syarikat STIHL.

Menurutnya, dana diperolehi menerusi aktiviti penjualan kupon dan sasaran kupon dijual adalah sebanyak 15,000 keping.

“Setiap kupon berharga RM30 dan jika semua kupon ini habis dijual kami mampu mengumpul dana sejumlah RM450,000.

“Kupon ini diagihkan kepada 23 sekolah persendiri­an Cina di Sarawak dan Sabah terpilih.

“Kemudian, pihak sekolah menjalanka­n tanggungja­wab menjual kupon kepada orang ramai,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Lau berkata, kupon mula diagihkan kepada semua sekolah pada Oktober depan.

Beliau menambah, KTS menyumbang 2: 1 daripada jumlah penjualan kupon terkumpul, sebagai contoh sekiranya semua kupon habis dijual (RM450,000), KTS menyumbang sejumlah RM900,000 sebagai dana tambahan.

Di samping itu, KTS juga menyumbang sejumlah RM150,000 kepada enam sekolah dan setiap sekolah menerima RM25,000.

“Sekiranya semua berjalan lancar jumlah dana dikumpul sejumlah RM1.5 juta. Semua ini kita agihkan kepada 23 sekolah persendiri­an Cina di Sarawak dan Sabah,” katanya.

Jelas Lau, tujuan men- gadakan progam amal ini adalah membantu mengumpul dana sekolah persendiri­an Cina kerana sekolah persendiri­an Cina tidak menerima bantuan daripada kerajaan seperti sekolah kebangsaan.

“Kebanyakan dana mereka perolehi hasil derma daripada orang ramai. Sebab itu kami anjurkan program ini untuk mereka,” jelasnya.

Beliau menambah sepanjang

 ??  ?? PROGRAM AMAL: Lau (tengah) menunjukka­n contoh reka bentuk gegantung program amal mula dijalankan tahun depan sambil disaksikan Ling (kiri) dan Wong di Sibu semalam.
PROGRAM AMAL: Lau (tengah) menunjukka­n contoh reka bentuk gegantung program amal mula dijalankan tahun depan sambil disaksikan Ling (kiri) dan Wong di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia