Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia jalin kerjasama dengan GEGCO Thailand

-

MIRI: Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) menjalinka­n kerjasama dengan The Global Education Group Co Ltd (GEGCO) di Thailand bagi melaksanak­an Program Intensif Bahasa Inggeris Curtin di sana.

Kerjasama itu juga menyediaka­n peluang kepada pelajar negara itu mengikuti program ijazah di Curtin Malaysia dan kampus Curtin University di tempat lain.

Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Malaysia Profesor Jim Mienczakow­ski pada pelancaran program GEGCO di Bangkok menyifatka­n ker- jasama itu signifikan dalam menyediaka­n akses kepada pelajar dari Thailand melanjutka­n pengajian di Curtin peringkat global.

Di bawah kerjasama ini, Curtin menawarkan program pra-universiti diiktiraf selama 12 bulan di GEGCO Bangkok, Thailand.

Apabila pelajar mencapai tahap akademik ditetapkan mereka diberi jaminan melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah dalam pelbagai bidang ditawarkan Curtin di Australia, Malaysia, Singapura dan Dubai.

Majlis perasmian kerjasama itu disaksikan Duta Besar Australia ke Thailand Paul Robilliard.

Hadir sama Timbalan Pro Naib Canselor Curtin Malaysia Profesor Beena Giridharan dan wakil GEGCO diketuai Faye Kusolchola­da dan Ky Cao, Ketua Sekolah Kejurutera­an Elektrikal dan Pengkomput­eran Curtin University Perth dan Lembaga Penasihat Pengkomers­ilan.

Melalui kerjasama ini, pelajar di Bangkok didaftar sebagai pelajar Curtin dan mempunyai nombor identiti bagi membolehka­n mereka akses dengan carian sumber maklumat Internet seperti pelajar Curtin di sini.

 ??  ?? ANGKUT: Ahli kelab bekerjasam­a memunggah barang dibawa untuk diserahkan kepada penduduk kampung.
ANGKUT: Ahli kelab bekerjasam­a memunggah barang dibawa untuk diserahkan kepada penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia