Utusan Borneo (Sarawak)

Kesukaran perjalanan tidak halang konvoi hantar sumbangan

-

MIRI: Kesukaran perjalanan ke Long Aton di Tinjar, Hulu Baram dijadikan satu cabaran konvoi kenderaan pacuan empat roda, Baram Offroader 4x4 Adventure Club untuk menghantar sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah panjang Long Aton.

Pasukan tersebut terdiri daripada konvoi lima kenderaan dan 10 ahli diketuai pengerusi kelab Hazelan Abdullah, selamat tiba di destinasi setelah mengharung­i perjalanan panjang untuk menyerahka­n sumbangan makanan dan bantuan lain kepada mangsa.

“Kami terpaksa kerap berhenti memberi laluan kepada salah sebuah kenderaan turut serta apabila pam air rosak dan perlu menyejukka­n radiatorny­a sebelum menyambung perjalanan hinggalah kami sampai ke destinasi dituju,” kata Hazelan.

“Meskipun berdepan kesukaran namun kerjasama dan komitmen tinggi ditunjukka­n semua ahli menjadikan segalanya dapat ditangani dengan lancar, syukur Tuhan tahu niat baik kami menghantar sumbangan kepada mangsa kebakaran,” katanya di sini semalam.

Rumah panjang Long Aton 22 pintu musnah dalam kebakaran berlaku awal bulan lalu menyebabka­n lebih 100 penghuniny­a tinggal sehelai sepinggang.

Menurut Hazelan, kumpulan itu berlepas dari Miri ke Long Aton pada 9 September lalu mengambil masa beberapa jam menggunaka­n jalan pem- balakan.

Beliau berkata kumpulan itu turut membawa bersama sumbangan berupa beras, barang makanan kering, pakaian dan sebagainya untuk mangsa-mangsa

“Kami berasa lega apabila tiba di destinasi dan ketua kaum serta penduduk kampung menyambut kehadiran kami dengan tangan dan hati terbuka,” katanya sambil menambah, kumpulan tersebut bermalam semalam di Long Aton sebelum kembali semula ke Miri.

Ini adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial kelab membantu golongan memerlukan dan penduduk semasa kecemasan seperti mangsa kebakaran dan kurang bernasib baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia