Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Bakam minta dibina benteng di tebing sungai

-

MIRI: Penduduk Kampung Bakam yang tinggal sepanjang Sungai Bakam meminta agensi kerajaan berkaitan membina benteng di tebing sungai berkenaan bagi mengelak hakisan menjadi lebih buruk.

Ketika ini penduduk tinggal sepanjang tebing sungai berkenaan berdepan ancaman hakisan tanah kian meruncing terutama apabila hujan turut dengan lebat sejak kebelakang­an ini.

Banjir kilat menyebabka­n tanah di tebing sungai berhampira­n beberapa rumah mulai terhakis sehingga menyebabka­n sebahagian dapur rumah mereka rosak.

Mangsa menghadapi masalah tersebut, Mariam Raup mengakui dia amat memerlukan bantuan kerana jika tiada tindakan segera keadaan menjadi lebih buruk serta mengancam nyawanya dan keluargany­a.

“Kita meminta kerajaan khususnya agensi berkaitan memberi perhatian terhadap perkara itu dan membina banteng di tebing sungai itu bagi mengelak terus terhakis ekoran arus deras,” kata Pesuruhjay­a PAS Sarawak Jofri Jaraiee.

“Mereka mengadu masalah ini kepada kami agar pihak berwajib segera menyelesai­kan masalah hakisan daripada berterusan mungkin boleh mengancam keselamata­n penduduk terutama musim hujan lebat,” jelasnya.

Dalam kenyataann­ya di sini semalam, Jofri berkata kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan serta tidak mampu menyelesai­kan masalah itu.

Mengenai perkembang­an lain, Jofri berkata penduduk turut mengadu mengenai keselamata­n jalan kampung yang kerap dijadikan ‘litar lumba’ oleh anak-anak muda.

Menurut penduduk, anakanak muda di kampung terbabit kerap menunggang motosikal dengan laju di jalan kampung dan amat berbahaya kepada pengguna lain.

Justeru, penduduk memohon agar jalan kampung terbabit dibina bonggol bagi menghalang kelajuan dan mengelak kenderaan terutama motosikal bergerak laju demi keselamata­n penduduk berjalan kaki dan kanakkanak bermain di kawasan kampung.

“Kami menggesa kerajaan dan mereka yang berkaitan mengambil tindakan segera mengatasi masalah penduduk Kampung Bakam ini agar mereka dapat hidup dalam sejahtera dan selamat,” kata Jofri.

Katanya, kerjasama dengan pihak berwajib mengatasi masalah tersebut amat dihargai dan dapat dilaksanak­an secepat mungkin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang dalam maklum balas berhubung masalah itu berkata wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan ketua masyarakat sudah melawat kawasan tersebut.

Katanya JPS turut memberi pandangan mereka terhadap isu hakisan itu namun ketika ini ada kawasan lebih teruk dan perlu diberi keutamaan diselesaik­an terlebih dahulu iaitu hakisan di pantai Kuala Bakam.

“Mengenai permohonan membina bonggol jalan, jika ada keperluan perkara tersebut penduduk boleh mengemukak­annya kepada wakil rakyat, tetapi pastikan usul tersebut mendapat persetujua­n pemilik rumah (di lokasi bonggol dibina) dan penduduk kampung yang tinggal di sekitar,” jelas beliau.

 ??  ?? USANG: Rumah kayu peninggala­n nenek Syafiqah hanya menunggu masa menyembah bumi.
USANG: Rumah kayu peninggala­n nenek Syafiqah hanya menunggu masa menyembah bumi.
 ??  ?? TERANCAM: Bahagian dapur rumah penduduk terdedah ancaman tanah yang kian terhakis akibat arus deras.
TERANCAM: Bahagian dapur rumah penduduk terdedah ancaman tanah yang kian terhakis akibat arus deras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia