Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tunggal perlu bantuan baiki rumah

Kesempitan hidup memaksa Nur Syafiqah dan tiga anaknya tinggal di rumah usang

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kesempitan hidup memaksa seorang ibu tunggal saudara baharu dan tiga anaknya tinggal di rumah usang serta serba kekurangan peninggala­n mendiang neneknya di Kampung Duras, Siburan, dekat sini.

Rumah kayu yang didiami Nur Syafiqah Abdullah, 41 serta anak- anaknya yang masing-masing berusia 19, 17 dan 12 tahun kini semakin usang dimamah usia malah mengalami kebocoran selain dinding dan lantai kayu sudah mula reput.

Syafiqah berkata, mereka sekeluarga hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) sebanyak RM150 sebulan serta bantuan sara hidup daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang dibayar tiga bulan sekali.

“Dahulu saya mengambil upah sebagai pekerja kilang, namun atas faktor kesihatan yang merosot sejak dua tahun lalu, saya telah dinasihati doktor untuk berhenti kerja.

“Kami sekeluarga turut bergantung harap dengan anak perempuan saya yang berusia 19 tahun yang kini bekerja di kedai makan sebagai pencuci pinggan dan anak lelaki yang baharu sahaja tamat Sijil Pelajaran Malay-

Dengan pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk menampung perbelanja­an bil utiliti bulanan, perbelanja­an sekolah anak bongsu saya dan tujuan membeli makanan, tidak mampu untuk kami membaik pulih kerosakan rumah ini.

sia (SPM) tahun lalu yang mengambil upah membantu menjual apam balik.

“Dengan pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk menampung perbelanja­an bil utiliti bulanan, perbelanja­an sekolah anak bongsu saya dan tujuan membeli makanan, tidak mampu untuk kami membaik pulih kerosakan rumah ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Syafiqah menjelaska­n, sebelum ini dia pernah beberapa kali mencuba untuk memohon bantuan daripada sumbersumb­er lain, bagaimanap­un hanya segelintir pihak yang tampil memeriksa dan melihat sendiri keadaan rumahnya itu, tetapi masih belum ada jawapan.

Bagaimanap­un ketika ini, rumah tersebut, ujarnya mempunyai bekalan elektrik tetapi terpaksa menumpang sambungan bekalan air dari kediaman bersebelah­an milik kakaknya.

“Rumah ini ibarat hanya menunggu masa untuk menyembah bumi. Jika hari hujan lebat dan ribut, kami anak beranak terpaksa menumpang di rumah kakak saya buat sementara waktu kerana bimbang ia akan runtuh.

“Jika nak guna tandas pun, kami terpaksa menumpang rumah sebelah,” jelasnya.

Kakak Syafiqah sebelum ini turut mendapat bantuan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di atas tapak tanah sama, tetapi ia hanyalah rumah kecil dua bilik dan hanya mampu menampung keluargany­a sendiri.

Justeru, dia amat berharap ada pihak yang sudi menghulurk­an bantuan kepada keluargany­a untuk tinggal di kediaman yang lebih selesa dan selamat berbanding sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia