Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Bahasa Inggeris Toastmaste­r landasan latih kemahiran berpidato

-

BINTULU: Kewujudan Kelab Bahasa Inggeris Toastmaste­r merupakan landasan terbaik melatih individu mahir berpidato di khalayak umum malah mampu mengasah bakat kepimpinan dan hubungan kerja dengan masyarakat dalam bahasa Inggeris.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Soo Li Ching percaya kewujudan Toastmaste­r landasan terbaik melatih individu dalam perkara berkaitan.

“Saya pernah menjadi presiden kelab baharu sebelum ini dan melalui banyak cabaran. “Apa yang saya sangat hargai dan kagumi ialah aura positif dan pemikiran positif pemimpin dan pasukan dalam sesebuah kelab yang ditubuhkan,” katanya pada Majlis Pelantikan Ahli Jawatankua­sa Baharu Kelab Pemidato Bintulu di sini malam Ahad lalu.

Piagam parti turut diadakan membabitka­n acara angkat sumpah ahli jawatankua­sa baharu kelab bagi penggal 2017-2018.

Soo berkata beliau berbesar hati melihat Bintulu kini mempunyai Kelab Bahasa Inggeris Toastmaste­r yang kedua sebagai landasan baik untuk semua orang belajar dan mempraktik­kan penguasaan bahasa Inggeris.

Beliau mengucapka­n tahniah atas penubuhan Kelab Pemidato Bintulu di bawah kepimpinan Presidenny­a Lisa Chee.

“Sama seperti apa yang sepatutnya kita lakukan berbangga dan menghargai penubuhann­ya bahawa kita mempunyai Kementeria­n Pendidikan sendiri di Sarawak diterajui Dato Sri Michael Manyin dan bekerja keras menangani permasalah­an beberapa sekolah dan sistem pendidikan di negeri ini.

“Kita tidak perlu menunggu menteri persekutua­n bertindak kerana kita mempunyai menteri Sarawak memainkan peranan lebih penting untuk pendidikan di Sarawak,” ujarnya sambil berharap melihat sistem pendidikan lebih baik di Sarawak.

Dalam pada itu, Presiden Charter Kelab Pemidato Bintulu Lisa Chee berkata Kelab Pemidato Bintulu adalah ahli Kelab Toastmaste­r Antarabang­sa ditubuhkan pada 1924.

“Ia berperanan sebagai peneraju dunia dalam komunikasi dan pembanguna­n kepimpinan. Ia mempunyai lebih daripada 345,000 ahli dan 15,900 kelab di 142 negara seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata penubuhan Kelab Pemidato Bintulu memberi peluang lebih ramai mendapat manfaat semasa tempoh ujian dalam program Toastmaste­r.

Menurutnya, kelab ini mengadakan pertemuan pada Selasa pertama dan ketiga setiap bulan dan mesyuarat bermula jam 8 pagi untuk tempoh dua jam dan penyertaan kelab baharu itu terbuka semua komuniti awam berumur 18 tahun ke atas.

Majlis itu dikendalik­an bekas Pengarah Daerah 87 DTM Ivy Lau.

Daerah 87 merangkumi lebih 170 kelab korporat dan komuniti serta mempunyai lebih 7,000 ahli di Brunei, Malaysia Timur dan Indonesia.

Maklumat lanjut mengenai kelab ini layari lamam sosial di atau e-mel

Mengenai Toastmaste­rs Antarabang­sa, ia merupakan organisasi pendidikan bukan berasaskan keuntungan seluruh dunia membantu membentuk individu menjadi lebih efektif dalam berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dan sebagai pemimpin.

Ibu pejabatnya di Ranc h o S a n t a Ma r g a r i t a , California(Amerika Syarikat) dan keahlian organisasi melebihi 345,000 di lebih 15,900 kelab di 142 negara seluruh dunia.

Sejak penubuhann­ya pada 1924, Toastmaste­rs Antarabang­sa membantu orang ramai daripada latar belakang berbeza menjadi penceramah, pemidato dan pemimpin yang lebih berkeyakin­an.

Untuk maklumat mengenai Kelab Toastmaste­rs tempatan layari laman sesawang di

atau ikuti di Twitter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia