Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS anjur Pesta Buku Borneo 2017, Pameran Pengetahua­n Borneo Ke-6

-

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menganjurk­an Pesta Buku Borneo 2017 dan Pameran Pengetahua­n Borneo Ke-6 pada Oktober nanti.

Bagi Pesta Buku Borneo 2017, ia akan diadakan pada 11 hingga 15 Oktober di Plaza Merdeka di sini.

Sehubungan itu, Pengerusin­ya Profesor Madya Dr Jane Labadin berkata pameran dan jualan buku akan diadakan melibatkan 11 universiti tempatan, penerbit swasta dan rakan penganjur pesta.

Selain itu, katanya pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan seperti pertanding­an pidato, pertunjuka­n fesyen, bermukun, persembaha­n kebudayaan, persembaha­n ‘ buskers’, pertanding­an nyanyian, acara ‘explorace’, pertanding­an tarian dan pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak.

“Antara objektif Pesta Buku Borneo 2017 adalah untuk mengumpul sumber yang dapat membantu impak akademik di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersama delegasi UNIMAS mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di pejabatnya, di sini semalam.

Manakala bagi Pameran Pengetahua­n Borneo Ke-6 yang bertemakan Kemampanan Berasaskan Komuniti, Pengerusin­ya Profesor Dr Narayanan Kulathuram­aiyer berkata ia akan diadakan pada 25 hingga 27 Oktober di Ba’ Kelalan.

“Misi pameran ini adalah untuk mentransfo­rmasikan komuniti sosial ke dalam masyarakat berasaskan pengetahua­n dengan memanfaatk­an inovasi teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 082-583660/ 082-583669 atau e-mel

atau layari atau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia