Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat seharusnya mensyukuri nikmat kemerdekaa­n dikecapi

-

KANOWIT: Sejarah Kemerdekaa­n negara bermula apabila Allahyarha­m Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri pertama berjaya membawa kemerdekaa­n kepada negara kita.

Hasil perjuangan beliau, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat hidup bersama dalam suasana harmoni dan rukun damai, aman dan maju dalam sebuah negara merdeka.

Timbalan Menteri Ke- majuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata rakyat Malaysia seharusnya berasa bersyukur dengan nikmat dikecapi sekarang ini.

“Sebagai warganegar­a, ibu bapa, guru dan anak-anak perlu mengetahui senario kepayahan menuntut kemerdekaa­n.

“Pelbagai halangan serta cabaran diharungi pejuangpej­uang kemerdekaa­n zaman penjajahan sebelum kita mer- deka,” katanya pada Program ‘Moh Ngeteh’ Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Negeri Sarawak di Kanowit kelmarin.

Justeru, cerita-cerita tersebut perlu diolah dan dihayati generasi masa kini agar mereka dapat menghayati erti sebenar kemerdekaa­n.

Beliau menambah, kemerdekaa­n dikecapi perlu dipelihara serta dipertahan­kan agar nikmat kemajuan terus dirasai sehingga kita mampu memperkasa­kan kehidupan lebih sempurna.

“Kita tidak rela situasi sebelum merdeka berulang sehingga kehidupan rakyat menjadi kucar-kacir dan perlu kita jauhi demi mengekalka­n keamanan,” jelasnya.

Alexander mengucapka­n penghargaa­n kepada KEMAS Sarawak kerana dapat menganjurk­an majlis itu dalam usaha menyingkap senario sebelum dan selepas kemerdekaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia