Utusan Borneo (Sarawak)

Belia perlu bijak rebut peluang, terbuka minda ceburi pertanian dan perniagaan

-

KUCHING: Golongan belia perlu bijak merebut peluang dan mempunyai keterbukaa­n minda bagi menceburi bidang pertanian dan perniagaan.

Gesaan itu dibuat Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Industri Kecil Sederhana dan Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais yang mahu golongan belia tidak mensia-siakan bakat yang mereka ada.

“Kita sudah merdeka selama 54 tahun, tetapi masih tertanya-tanya apa yang kerajaan berikan kepada kita.

“Persoalan itu tidak seharusnya timbul, kita cuba fikir dan lihat mengapa orang lain di negara jiran kita dan lain-lain lebih maju daripada kita?

“Maka soalan yang harus ditanya oleh setiap individu adalah, apakah sumbangan yang harus mereka lakukan untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling,” katanya ketika berucap pada Majlis Membara Karnival Kemerdekaa­n di Kampung Gedong, Simunjan baru-baru ini.

Justeru, beliau mahu golongan belia mencari jalan kerana banyak pilihan dan peluang yang disediakan untuk golongan tersebut.

Ditambah pula, hari ini banyak saluran maklumat bagi memperoleh­i kemahiran, antaranya dengan penggunaan Internet atau bertanyaka­n kepada mereka yang lebih pakar dengan syarat bersedia untuk belajar.

Semua program bagi memajukan masyarakat setempat merupakan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak untuk mencapai hasrat menjadi negeri maju menjelang 2020.

Beliau juga mahu lebih banyak pelabur masuk ke kawasan Gedong bagi membangunk­an kawasan tersebut dengan golongan belia mahu membawa perubahan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sini.

Golongan belia yang telah lama berhijrah juga disaran kembali semula ke luar bandar bagi mencari peluang dan membangunk­an kawasan luar bandar agar setaraf dengan bandar.

“Saya mempelawa para belia dari bandar raya Kuching atau bandar-bandar lain membawa kepakaran dan kewangan mereka ke Gedong atau Simunjan dan kawasan hulu Simunjan,” ujarnya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak Dirwana Azool (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Naroden (empat kiri) yang turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris (tiga kiri).
PENGHARGAA­N: Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak Dirwana Azool (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Naroden (empat kiri) yang turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia