Utusan Borneo (Sarawak)

PRU: UPP kemuka calon berpotensi kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu ( UPP) mengemukak­an calon berpotensi kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional ( BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh berkata UPP telah mencadangk­an Datuk Andrew Wong dan Andrew Ting sebagai calon berpotensi mewakili BN di kerusi Parlimen Sibu dan Lanang.

“Seperti kita semua maklum, Perdana Menteri dan Ketua Menteri meminta kami mengemukak­an calon berpotensi untuk bertanding pada PRU akan datang.

“Oleh itu, UPP mencadangk­an Datuk Andrew Wong dan Andrew Ting sebagai calon berpotensi di kawasan Parlimen Sibu dan Lanang,” katanya pada sambutan Hari Keluarga Persatuan Tuai Rumah Sibu (PTRS) di Kampung Budaya 1Malaysia Mini, Bukit Aup, Ahad lalu.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang itu berkata, pemimpin tertinggi BN berharap UPP dapat membantu BN memenangi dua atau tiga kerusi majoriti Cina seperti kerusi Parlimen Sibu dan Lanang pada PRU nanti.

Katanya pemimpin tertinggi BN berulang kali menekankan bahawa BN perlu merampas kembali kerusi Parlimen Sibu dan Lanang serta kerusi ma- joriti pengundi Cina lain.

“Kita perlu membuat persediaan awal serta meningkatk­an strategi memastikan UPP sebagai ahli keluarga BN menang di kawasan ditandingi,” jelasnya.

Mengenai kedua- dua calon berpotensi UPP itu, Wong berkata kedua-dua mereka masih muda, berkeboleh­an serta sedia berkhidmat untuk rakyat.

Kedua-dua mereka juga bersedia membawa pembanguna­n di bandar Sibu dan luar bandar Sibu dalam tempoh lima tahun mulai 2018 hingga 2022 menerusi Rancangan Sibu Pertama (RS1).

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah calon-calon berpotensi bercita-cita tinggi mempunyai perancanga­n membangunk­an bandar Sibu dan luar bandar Sibu khasnya penduduk Sibu.

“Oleh itu, saya memohon kepada penduduk di kawasan Sibu dan Lanang memberi sokongan padu kepada calon berpotensi ini agar mereka dapat melaksanak­an RS1 dalam masa lima tahun untuk faedah semua,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Menteri Kewangan Kedua itu menasihati ketuaketua kaum atau tuai-tuai rumah sentiasa berdiri di belakang kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan itu mahu tuai rumah menyampaik­an maklumat kepada penduduk di rumah panjang agar mereka tahu apa yang berlaku mengenai polisi dan pembanguna­n dijalankan kerajaan di kawasan masing-masing.

“Sekiranya ada masalah atau isu-isu berbangkit di kawasan masing-masing, boleh bawa kepada Persatuan Tuai Rumah, kepada Unit Bumiputera UPP Bawang Assan, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau terus kepada wakil rakyat,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Perkhidmat­an Komuniti (LPK) UPP Sibu Datuk Andrew Wong, Timbalanny­a yang juga Pengerusi Unit Bumiputera UPP Bawang Assan Andrew Shilling, Temenggung Stanley Geramong serta Pemanca James Semilan.

Turut hadir Penghulu Jeffery Sut, Penghulu Richard Ampi, Penghulu Evely Holly Sebom, Pengerusi PTRS Tuai Rumah Dieo Kanyan, pengerusi pengelola sambutan Tuai Rumah Juing Buntok serta yang lain.

 ??  ?? SAMBUT: Wong bersalaman dengan hadirin pada sambutan Hari Keluarga PTRS.
SAMBUT: Wong bersalaman dengan hadirin pada sambutan Hari Keluarga PTRS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia