Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah Sultan Kedah selamat disemadika­n

-

ALOR SETAR: Jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah selamat disemadika­n di Makam Diraja Langgar, petang semalam.

Almarhum Sultan Abdul Halim, 89, mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada jam 2.30 petang kelmarin selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.

Jenazah Almarhum baginda disemayamk­an di Dewan Penghadapa­n, Istana Anak Bukit dari jam 11 pagi hingga 1.30 petang bagi membolehka­n rakyat dan orang kenamaan memberi penghormat­an terakhir.

Sebelum itu pada jam 10.30 pagi, Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang mengimamka­n solat jenazah di Dewan Penghadapa­n.

Pada jam 2.30 petang, pedati khas yang membawa jenazah Almarhum keluar meninggalk­an Istana Anak Bukit dan tiba di Makam Diraja Langgar pada jam 4 petang.

Sebaik istiadat pemakaman selesai kira- kira jam 4.45 petang, Syeikh Fadzil Awang dan Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim mengetuai bacaan talkin dan Syeikh Alauddin Abu Bakar memimpin bacaan tahli dan doa.

Berangkat sama ke Makam Diraja ialah Sultan Kedah yang baru dimasyurka­n, Tunku Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim, Tengku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan barisan Exco kerajaan negeri serta pegawai-pegawai kanan negeri turut hadir.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Rakyat pelbagai lapisan turut ke Makam Diraja Langgar untuk menyaksika­n istiadat pemakaman itu.

“Rakyat Kedah hari ini (semalam) berdukacit­a dengan kehilangan Sultan Abdul Halim yang disifatkan sebagai seorang Sultan berwibawa dan berjiwa rakyat.

“Saya yakin Tunku Sallehuddi­n akan mengikut jejak langkah Almarhum dalam memerintah negeri ini,” kata Ismail Abu, 57 yang ditemui di sini.

Nur Rosmah Wahab, 33, dari Pendang berkata beliau datang ke Makam Diraja Langgar semata-mata mahu melihat istiadat pemakaman.

“Sebelum itu saya dan suami ke Istana tetapi tidak dapat masuk kerana terlalu ramai orang lalu membuat keputusan ke makam sebab berasa jiwa tak tenang jika tak datang melihat istiadat ini yang membabitka­n seorang Sultan berjiwa rakyat, “katanya.

Sebanyak 89 das tembakan dilepaskan oleh pasukan artileri bersamaan usia Almarhum baginda sehingga jenazah tiba di makam.

Temb a k a n p e r t ama dilepaskan sebaik pedati keluar meninggalk­an Istana dan tembakan ke 89 sebaik jenazah tiba di makam jam 4 petang. — Bernama ALOR SETAR: Menu masakan kampung sering menjadi pilihan santapan Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah terutama juadah gulai ikan kering.

Menurut pelayan Almarhum baginda, Salmi Che Manan, 40, tugas menyediaka­n juadah untuk santapan Almarhum sangat ringkas kerana Almarhum baginda bukanlah seorang yang cerewet.

“Almarhum tuanku tak pernah nak kata sedap ka tak sedap ka, tapi Almarhum Tuanku memang suka masakan kampung dan gulai ikan kering tu kegemaran Almarhum tuanku.

“Cuma kalau masakan tu macam pedas sikit, Almarhum tuanku akan kata ‘ bagi kurang pedas sikit, tak berapa sedap lidah’ itu ayat biasa Almarhum guna,” katanya kepada Bernama di Istana Anak Bukit di sini, semalam.

Pemuda ini yang sangat merendah diri dan tidak banyak berbicara ketika ditemu ramah berkata, selain menjaga makan minum Almarhum baginda, beliau juga bertanggun­gjawab menyediaka­n persalinan harian Almarhum.

“Kalau persalinan untuk majlis-majlis rasmi yang perlu ikut protokol, ada orang lain yang akan sediakan,” katanya yang telah berkhidmat untuk Almarhum Sultan Kedah sejak 12 tahun lalu.

Salmi juga menyifatka­n Almarhum baginda seorang yang sangat mesra, mudah diajak berbual dan sering bergurau dengan orang di sekeliling Almarhum.

“Almarhum tak pernah marah, kalau marah pun kita tak tau nak beza sama ada Almarhum marah ka apa, tapi kalau ada yang tak kena Almarhum akan tegur dengan baik,” katanya.

Mengimbau kenangan bagaimana beliau mendapat kerja di Istana Anak Bukit, Salmi berkata segalanya bermula dengan bola sepak.

Beliau berkata, Almarhum baginda sangat sukakan sukan itu dan Salmi ditawarkan bekerja di istana kerana beliau merupakan seorang daripada pemain bola sepak yang baik.

“Saya bermain untuk pasukan bola sepak istana. Kami selalu sertai perlawanan persahabat­an melalui lawatan ke istana-istana dan lawan dengan pasukan bola sepak istana lain,” katanya.

Beliau berkata kemangkata­n Almarhum Sultan pasti memberi kesan yang sangat besar kepadanya kerana keperibadi­an Almarhum baginda yang sangat mulia dan disenangi rakyat jelata. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT DIMAKAMKAN: Tuanku Hajah Haminah menyiram air mawar ke pusara Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT DIMAKAMKAN: Tuanku Hajah Haminah menyiram air mawar ke pusara Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia