Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Muda Kedah dimasyhur Sultan Kedah yang baharu

Pelantikan ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja

-

ALOR SETAR: Raja Muda Kedah Tunku Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurk­an sebagai Sultan Kedah yang ke-29 menggantik­an Almarhum kekandanya, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pemasyhura­n itu dibacakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit di sini semalam setelah diputuskan pada Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.

Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat pada jam 2.30 petang kelmarin di istana tersebut.

Perkara Sembilan Undangunda­ng Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntu­kkan pelantikan untuk menaiki takhta kerajaan negeri Kedah adalah ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja yang turut dianggotai menteri besar sebagai Yang Dipertua majlis berkenaan.

Setelah dimasyhurk­an, Pengelola Bijaya Diraja/Ketua Setiausaha Sulit Sultan Ke- dah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah kemudianny­a menghadap Tunku Sallehuddi­n untuk mengiringi baginda ke singgahsan­a yang terletak di Dewan Penghadapa­n.

Syed Unan kemudianny­a melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali yang disambut oleh hadirin dan serentak itu paluan nobat dan tiupan nafiri dikumandan­gkan.

Istiadat diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadil Awang.

Tunku Sallehuddi­n kemudianny­a menyentuh peterana Almarhum Sultan Abdul Halim, menandakan istiadat pemakaman akan dimulakan.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Puan Muda Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff, Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Salehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Tunku Sallehuddi­n diisytihar­kan sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantik­an Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat pada 21 Mei 2014 dan memegang jawatan itu sehingga 12 Dis tahun lalu.

Pada 15 Dis lepas baginda dimasyhurk­an sebagai Raja Muda Kedah setelah Sultan Abdul Halim kembali memayungi negeri Kedah selepas lima tahun bersemayam di Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIMASYHURK­AN: Tunku Sallehuddi­n berkenan mengaminka­n doa selepas dimasyhurk­an sebagai Sultan Kedah yang baharu menggantik­an Almarhum kekandanya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit semalam.
— Gambar Bernama DIMASYHURK­AN: Tunku Sallehuddi­n berkenan mengaminka­n doa selepas dimasyhurk­an sebagai Sultan Kedah yang baharu menggantik­an Almarhum kekandanya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia