Utusan Borneo (Sarawak)

YDP Agong beri penghormat­an terakhir kepada Almarhum Sultan Kedah

-

ALOR SETAR: Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat memberi penghormat­an terakhir kepada Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat petang kelmarin.

Keberangka­tan tiba baginda kira-kira jam 12.40 tengah hari di Dewan Penghadapa­n, Istana Anak Bukit diiringi Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani.

Almarhum Sultan Abdul Halim, 89, mangkat di Istana Anak Bukit di sini pada pukul 2.30 petang semalam setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.

Turut berkenan berang- kat memberi penghormat­an terakhir ialah Timbalan Yang di- Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah dan Permaisuri Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut hadir memberi penghormat­an ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Tunku Ibrahim dan beberapa kerabat Diraja Johor, Raja Dihilir Perak Raja Datuk Seri Diraja Tan Sri Iskandar Dzulkarnai­n Almarhum Sultan Idris A’fifullah, Raja Puan Muda Perak, Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Soraya Sultan Abdul Halim dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al- haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Menteri-menteri kabinet yang memberikan penghormat­an ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron. Turut hadir, dua bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu solat jenazah diimamkan Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Jenazah Almarhum baginda dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada jam 4 petang semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAKZIAH: Sultan Muhammad V berkenan menyampaik­an ucapan takziah kepada Tuanku Hajah Haminah berkenan ketika hadir pada Istiadat Penghormat­an Terakhir Jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Balai Penghadapa­n Istana Anak Bukit semalam.
— Gambar Bernama TAKZIAH: Sultan Muhammad V berkenan menyampaik­an ucapan takziah kepada Tuanku Hajah Haminah berkenan ketika hadir pada Istiadat Penghormat­an Terakhir Jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Balai Penghadapa­n Istana Anak Bukit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia