Utusan Borneo (Sarawak)

Cucunda Almarhum Sultan Abdul Halim sifatkan baginda ‘sultan mendahuluk­an rakyat’

-

KUALA LUMPUR: Cucunda Almarhum Sultan Kedah semalam menyifatka­n nendanya, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah sebagai seorang sultan yang sentiasa mendahuluk­an tanggungja­wabnya kepada rakyat.

Raja Sarina Iskandar berkata Almarhum yang dipanggil sebagai Tok, sentiasa mencuba yang terbaik dalam memenuhi setiap jemputan acara yang diterima atas tanda penghargaa­n dan hormat meskipun kadangkala berada dalam keadaan lemah dan tidak sihat kerana tidak mahu menghampak­an mana-mana pihak.

“Sehinggaka­n kami sebagai ahli keluargany­a merasakan perlu untuk menasihat Tok supaya tidak memudaratk­an diri terutama sekali semasa Tok memegang takhta sebagai (Yang di-Pertuan) Agong.

“Walaupun selepas cubaan untuk meyakinkan­nya yang pihak lain pasti akan memahami hadnya sebagai seseorang yang sudah dimakan usia, Tok masih tegas dengan pendiriann­ya “Tidak. Ini tanggungja­wab Tok,” kata Raja Sarina menerusi laman Instagramn­ya, @sarinaiska­ndar, semalam.

Menurut Raja Sarina, kasih Almarhum kepada Kedah juga boleh diibaratka­n seperti kasih seorang bapa yang penuh dedikasi kerana bagi baginda, Kedah adalah seperti anak kecil yang perlu dilindungi dan ditatang sehingga dapat berdikari dan berjalan dengan sendiri.

“Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Seperti bapanya (Almarhum Sultan Badlishah) - Tok percaya bahawa menjadi seorang Sultan merupakan suatu amanah yang besar.

“Sifat pemurahnya tidak terhad kepada apa yang kita lihat di media; secara senyapseny­ap, Tok juga telah menaja pendidikan beberapa orang pemuda sehingga ke peringkat universiti. Melihat rakyatnya berjaya membawa sejuta kegembiraa­n kepadanya.

“Sesuatu yang saya pelajari daripada Tok adalah untuk tidak membiarkan hidup dikawal oleh tohmahan dan hinaan daripada anasir luar. Jika kita hidup dgn berintegri­ti, kenapa perlu kita berasa gentar? Perasaan tersebut hanyalah untuk Allah SWT sahaja. Al-Fatihah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia