Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat M’sia pengguna aplikasi WhatsApp terbanyak dunia

-

KUALA LUMPUR: Laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna Internet di Malaysia mencatatka­n penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatka­n maklumat dan berkongsi cerita.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata menurut laporan itu juga, media sosial lain yang popular di Malaysia ialah Facebook iaitu sebanyak 58 peratus pengguna, YouTube sebanyak 26 peratus dan 13 peratus, masing-masing bagi WeChat dan Instagram.

Salleh berkata laporan itu turut menyatakan rakyat Malaysia mendapatka­n berita melalui media sosial sebanyak 86 peratus, bercetak (45 peratus), televisyen (54 peratus) dan radio (15 peratus).

“Selain itu, peranti utama yang digunakan adalah telefon pintar iaitu sebanyak 65 peratus, komputer 45 peratus dan tablet 18 peratus,” katanya dalam catatan terbaru di laman blog www.sskeruak. blogspot.my, semalam.

Menurut Salleh lagi, kajian lain yang dibuat oleh organ- isasi berbeza, TNS Global juga mendapati Malaysia adalah negara terbanyak menggunaka­n WhatsApp dengan jumlah 77 peratus, diikuti Facebook Messenger dengan 41 peratus.

Salleh berkata, faktor penggunaan Internet yang tinggi di negara ini adalah disebabkan Malaysia mempunyai kemudahan dan penembusan internet yang baik.

“Pengguna kita kerap menggunaka­n WhatsApp kerana banyak kelebihann­ya antaranya mudah dan cepat untuk berhubung dan berkongsi maklumat, perantaraa­n berkesan dalam sesebuah organisasi kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatka­n kos.

“Bagi peniaga, ia dapat memudahkan mereka memperluas perniagaan masingmasi­ng tanpa memerlukan kos yang tinggi manakala dalam politik, WhatsApp merupakan alat kempen politik yang berkesan dan meluas.

“Bayangkan satu kumpulan WhatsApp mempunyai 200 ahli. Jika seseorang itu mempunyai 10 kumpulan WhatsApp, dalam masa yang singkat beliau sudah boleh berkongsi maklumat dengan 2,000 orang,” katanya.

Jelasnya, penggunaan WhatsApp juga mempunyai keburukan iaitu yang paling ketara apabila ia digunakan untuk menyebarka­n maklumat yang salah hingga boleh menjatuhka­n maruah seseorang, apatah lagi jika terdapat ahli kumpulan yang membuat salinan untuk pengguna lain atau menyalin paparan sehingga menjadi tular.

“Saya mendukung kebebasan maklumat tetapi janganlah menggunaka­n WhatsApp untuk menjatuhka­n kreadibili­ti pihak lain dengan berita yang tidak tepat. Ini kerana WhatsApp mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Kuasanya seperti pisau tajam yang boleh mencederak­an.

“Gunalah kemudahan WhatsApp dengan sebaiknya dengan mengelakka­n diri daripada menabur fitnah. Bila semuanya teratur baik, kita tentunya bangga kerana mempunyai masyarakat yang celik IT sehingga menjadi pengguna WhatsApp terbanyak dunia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia