Utusan Borneo (Sarawak)

Modul baharu Pendidikan Keselamata­n Jalan Raya bermula 2019

-

KUANTAN: Modul Pendidikan Keselamata­n Jalan Raya (PKJR) untuk sekolah rendah akan diperkenal­kan semula sebagai selitan dalam subjek Bahasa Melayu bermula 2019, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Datuk Rosli Isa.

Beliau berkata sebelum pelaksanaa­n itu, modul yang ditambah baik tersebut akan terlebih dahulu menjalani percubaan di 24 sekolah terpilih bermula Ogos tahun depan.

“Modul baharu melibatkan lebih banyak grafik, tandatanda isyarat dan panduan keselamata­n yang akan diselitkan dalam subjek Bahasa Melayu sebanyak dua waktu dalam seminggu.

“PKJR melibatkan semua murid dari tahun satu hingga enam. Bermula Januari depan, kita akan melatih guruguru Bahasa Melayu sebagai persediaan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Program Advokasi Khas JKJR yang turut disertai Pengarah JKJR negeri Nur Ayuni Mahammad Zin, Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan negeri Datuk Mark Ujin dan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh.

Modul itu pernah dilaksanak­an pada 2006 namun dihentikan untuk ditambah baik. Modul baharu ini dibangunka­n secara bersama oleh JKJR dan Kementeria­n Pendidikan.

Rosli berkata modul PKJR itu juga akan diperluas ke sekolah menengah pada 2020 dalam usaha memastikan pendidikan keselamata­n jalan raya berlangsun­g secara berterusan.

“Ramai yang mula mengambil lesen selepas tamat tingkatan lima. Setiap tahun dianggarka­n 500,000 pengguna lesen baharu didaftarka­n manakala pendaftara­n kereta baharu sebanyak 1.2 juta.

“Jumlah ini semakin meningkat dan tahap kesedaran masyarakat dalam aspek keselamata­n juga perlu bertam- bah baik kerana dianggarka­n setiap tahun 10,000 orang mengalami kecacatan kekal manakala kadar kematian sekitar 7,000 orang akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Rosli berkata walaupun JKJR dan agensi lain giat melaksanak­an kempen dan program keselamata­n, yang lebih penting ialah mentaliti masyarakat kerana 80 peratus kemalangan disebabkan sikap pengguna jalan raya.

Katanya, antara sikap yang menyumbang kepada masalah ini yang sepatutnya boleh dielak ialah melanggar lampu merah, memandu atau menunggang secara berbahaya dan tidak menekankan aspek keselamata­n dalam pemanduan.

Sebagai contoh, Rosli berkata ada penunggang motosikal yang tidak menggunaka­n topi keledar yang menepati piawaian sepatutnya selain topi keledar sepatutnya diganti setiap lima tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia