Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tidak ‘dijajah’ oleh China, kata Liow

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam menyelar pihak berkenaan yang mendakwa Malaysia terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dari China.

Tegasnya, Malaysia ‘tidak dijajah’ oleh China menerusi FDI, dan menambah dakwaan itu sekadar manipulasi politik.

Sekalipun FDI dari China meningkat sejak tahun-tahun kebelakang­an ini, Liow tegaskan pelaburan China bukan yang terbesar di negara ini.

“Di Malaysia, China bukan nombor satu. Ia berada di belakang negara lain. Kita ada (pelaburan) Jepun, Amerika Syarikat malah negara-negara ASEAN.

“Sesetengah pihak menuduh Malaysia dijajah oleh China menerusi FDI, ini tidak benar. Ini manipulasi politik,” katanya kepada pemberita di sini.

Liow yang sebelum itu merasmikan Pameran dan Persidanga­n O2O dan Runcit Asia pertama, ditanya mengenai dakwaan pembangkan­g bahawa Malaysia terlalu bergantung kepada FDI dari China untuk pertumbuha­n ekonominya.

Mengulas lanjut, Presiden MCA itu berkata beliau gembira China memilih Malaysia sebagai antara destinasi FDInya.

“Kita memberi tumpuan kepada pembanguna­n ekonomi dan negara. Semua tuduhan ini tidak berasas. Saya percaya rakyat akan faham bahawa semua negara bergan- tung kepada FDI,” katanya.

Mengulas perkembang­an lain, Liow berkata Malaysia kini pada kedudukan yang baik dan di landasan tepat untuk menjadi hab logistik di rantau ini, dan menambah kemudahan terbabit termasuk penubuhan Zon Perdaganga­n Bebas Digital di KLIA Aeropolis dan penambahba­ikan beberapa pelabuhan di seluruh negara, akan merangsang pertumbuha­n e-dagang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB PERTANYAAN: Liow (tengah) semasa sidang media Pameran dan Persidanga­n O2O dan Runcit Asia pertama di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB PERTANYAAN: Liow (tengah) semasa sidang media Pameran dan Persidanga­n O2O dan Runcit Asia pertama di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia