Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan terperdaya dakyah M’sia negara gagal: Najib

-

WASHINGTON, D. C.: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia di luar negara tidak terperdaya dakyah kononnya Malaysia negara gagal.

Perdana menteri berkata hakikatnya ialah banyak bukti menunjukka­n Malaysia kini menuju ke arah menjadi negara maju.

Sebagai contoh, katanya, nilai perdaganga­n Malaysia antara Januari dan Julai tahun ini mencapai RM1.008 trilion, meningkat sebanyak 22.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pembanguna­n infrastruk­tur seperti MRT dan Lebuh Raya Pan Borneo menjadi penggerak kepada rancangan pembanguna­n untuk meletakkan Malaysia men- jadi antara 20 negara maju dunia.

Hakikat inlah yang akan beliau bentangkan semasa pertemuan dengan Presiden Donald J. Trump semasa pertemuan di Rumah Putih yang dijadual berlangsun­g pada Selasa.

Najib berkata demikian pada majlis bersama pelajar dan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat di Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Perdana menteri berkata pertemuan beliau dengan Presiden Trump akan membolehka­n beliau menjelaska­n kepada Amerika Syarikat bahawa Malaysia berazam untuk menjadi sebuah negara maju, yang akan menjanjika­n lebih banyak peluang.

Malays ia akan terus menyokong usaha global untuk memerangi keganasan dan pada masa sama menyebarka­n imej sebenar Islam, katanya.

Najib berkata hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat terus kekal kukuh walaupun pemimpin Amerika sentiasa bersilih ganti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia