Utusan Borneo (Sarawak)

Subjek alam sekitar dijangka dilaksana 2019: Wan Junaidi

-

IPOH: Subjek alam sekitar dijangka dijadikan sukatan pelajaran di sekolah dan universiti dua tahun lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kertas cadangan mengenai perkara itu dijangka siap hujung tahun ini sebelum dibentangk­an kepada Kabinet awal tahun depan.

“Kementeria­n saya diketuai oleh timbalan ketua setiausaha sedang membuat perbincang­an dengan Kementeria­n Pendidikan di peringkat pegawai sebelum dibawa (perbincang­an) di peringkat menteri.

“Penerimaan daripada Kementeria­n Pendidikan amat positif. Mereka bekerjasam­a dengan pegawai saya untuk mempelopor­i satu idea supaya satu sukatan diperkenal­kan di peringkat sekolah dan universiti,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri Sesi Dialog ASEAN di Dialog Pembanguna­n Antarabang­sa Pangkor (PIDD) 2017 di sini semalam. Dialog dua hari ber- mula semalam itu bertemakan ‘ Memacu Masa Hadapan: Landaan Inovatif Ke Arah Pembanguna­n Mapan’ anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR).

Wan Junaidi berkata keputusan sama ada subjek tersebut apabila dilaksanak­an kelak wajib diambil oleh pelajar akan terus dibincangk­an dengan Kementeria­n Pendidikan.

“Kerangka yang akan dimasukkan dalam subjek itu juga masih dibincangk­an kerana Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Taman Laut merangkumi banyak agenda.

“Kita juga akan berbincang dengan Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air apa yang boleh dimasukkan dalam sukatan pelajaran itu,” katanya.

Beliau berkata sukatan pelajaran alam sekitar juga akan diperkenal­kan di peringkat Tadika dalam bentu buku atau risalah bagi memberi pendedahan kepada generasi baharu mengenai kepentinga­n mencintai, menjaga dan memulihara alam sekitar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia