Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki geng curi kenderaan dan samun ditahan

-

BUKIT MERTAJAM: Polis menumpaska­n geng curi kenderaan dan samun bersenjata selepas menahan tiga lelaki di Taman Sai Gin di sini awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Soo Bhan Keng, Bukit Tengah di sini pada 5 pagi cuba menahan sebuah kereta jenis Honda Accord dinaiki tiga lelaki terbabit yang didapati dalam keadaan mencurigak­an.

“Namun pemandunya memecut laju menyebabka­n polis mengejar kereta itu sehingga Taman Sai Gin dan apabila suspek memberhent­ikan kenderaan, tiga lelaki terbabit cuba melarikan diri. Berlaku pergelutan antara mereka dan polis sebelum kami berjaya menahan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, polis menemui tiga beg galas mengandung­i pelbagai peralatan mencuri kenderaan serta samun di dalam kereta yang dinaiki tiga suspek berusia antara 27 dan 33 tahun itu dan selain wang tunai dan dadah jenis syabu.

Ros Azhan berkata pemeriksaa­n polis mendapati kereta yang dinaiki mereka juga adalah kenderaan curi dan susulan penahanan mereka polis turut menemui dua kereta Proton Wira yang disyaki dicuri baru-baru ini.

Beliau berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dalam kes samun di sekitar daerah SPT dan Kulim, Kedah dan hasil siasatan mendapati mereka terlibat dalam 15 kes di daerah ini sejak bulan lepas.

Kesemua suspek yang posi- tif dadah dan mempunyai pelbagai rekod jenayah itu kini direman lima hari dan polis sedang mengesan dua lagi anggota kumpulan terbabit yang dikenali sebagai ‘Mat Leh’ dan ‘Kuang’ berusia 30-an, katanya.

Sementara itu di GEORGE TOWN, polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dan mencederak­an seorang lelaki berusia 31 tahun yang sedang berjoging di laluan pejalan kaki di Persiaran Karpal Singh di sini kelmarin.

Suspek ditahan dalam serbuan di rumahnya di Bagan Jermal, Butterwort­h pada jam 12.50 tengah malam kelmarin, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar.

Beliau berkata dalam kejadian jam 10 pagi kelmarin itu, mangsa cedera di pipi kiri dan menerima 13 jahitan serta lebam pada tangan kiri apabila dipukul dua lelaki selepas enggan menyerahka­n wang tunai dan telefon bimbit kepada mereka.

Polis kini giat memburu seorang lagi suspek dalam kejadian itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia