Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh laporan polis dibuat terhadap Siti Kasim, David Orok

-

KUANTAN: Dewan Pemuda PAS dan beberapa wakil PAS kawasan semalam membuat tujuh laporan polis terhadap peguam aktivis, Siti Zabedah Kassim dan seorang pemimpin Parti Reformasi Sabah (STAR), David Orok kerana menghina Islam dengan mengeluark­an kenyataan jelik tentang ibadah korban.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Mohamad Hazmi Dibok berkata laporan dibuat oleh beliau sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pagi semalam disusuli dengan tindakan yang sama oleh PAS kawasan Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Maran dan Kuala Krau di IPD Kuantan.

“Pada 1 dan 10 Sept lalu, Siti Zabedah menerusi akaun Facebook dipercayai miliknya telah memuat naik satu kenyataan yang menyimpang dan menyesatka­n mengenai ibadah korban.

“Malah pada 5 Sept lalu, juga satu lagi status yang mengeliruk­an turut dimuat naik oleh David yang jelas menghina Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan di sini semalam.

Katanya, status itu adalah satu penyelewan­gan fakta kerana menafikan perintah Allah dan perbuatan ini merupakan tindakan melampau yang boleh menyinggun­g serta membangkit­kan kemarahan orang Islam di negara ini.

Mohamad Hazmi berkata kenyataan itu juga boleh ditafsirka­n sebagai menentang Perlembaga­an Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutua­n dan mencabar Yang di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia.

Berikutan itu, beliau meminta pihak berkuasa agar segera menjalanka­n siasatan berhubung perkara itu dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia