Utusan Borneo (Sarawak)

The Citizens tidak sabar ‘musnahkan’ Feyenoord di Rotterdam

-

THE HAGUE, Belanda: Manchester City pastinya mahu mengekalka­n rentak cemerlang apabila memulakan kempen Liga JuaraJuara dengan menentang Feyenoord di Rotterdam hari ini.

Selepas membelasah Liverpool 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas, City akan menentang juara Liga Belanda – yang berdepan tugas sukar selepas 15 tahun gagal layak ke pusingan pertama kejo- hanan elit kelab bola sepak Eropah ini.

Perhatian pastinya diberikan kepada perancang utama City, Kevin De Bruyne, di mana aksi cemerlang beliau memainkan peranan ketika membelasah Liverpool dan juga pastinya akan mencari kelemahan di barisan tengah dan pertahanan Feyenoord.

Feyenoord mungki n menewaskan Heracles 4-2 dalam liga hujung minggu lepas tetapi lawan mereka hampir menjaringk­an lebih banyak gol – satu hakikat yang akan menjadi isu utama yang akan ditangani oleh jurulatihn­ya, Giovanni van Brokchorst.

Feyenoord juga berdepan satu lagi masalah selepas penyerang utamanya, Nicolai Jorgensen mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarka­n pada minit ke- 21 ketika menentang Heracles.

Pemain berusia 26 tahun itu – penjaring terbanyak liga musim lepas dengan 21 gol – tidak akan beraksi pada perlawanan pembu- kaan Kumpulan F itu, kata Feyenoord Isnin lepas.

Dengan Jorgensen tidak beraksi, Van Brokchorst harus menggunaka­n segala pengalaman­nya beraksi dalam Liga Perdana untuk mengatasi skuad kendalian Pep Guardiola.

City membelanja­kan lebih dari 200 juta pound pada penutup musim untuk memperkuat­kan skuad selepas tewas kepada Monaco di pusingan kedua kejohanan ini musim lepas.

De Bruyne memberitah­u media British Isnin lepas: “Pemain yang datang ke sini mempunyai kualiti fizikal yang hebat, sangat kuat dan juga pantas. Mereka menjadikan padang kelihatan besar, ia adalah kualiti mereka dan ia sukar untuk pasukan lain.”

Sementara itu, pemain sayap Feyenoord, Steven Berghuis berkata beliau menjangkak­an perlawanan yang sukar untuk pasukannya, juara Piala Eropah (format lama) pada 1970.

“Ia pastinya sukar untuk bersaing dengan kelab ini ( Manchester City),” kata Berghuis ketika memberitah­u akhbar harian De Telegraaf.

“Satu-satu perkara yang boleh kami lakukan ialah untuk menghukum mereka dan bermain dengan banyak tenaga.”

Ramalan memihak kepada City untuk menang, walaupun kali terakhir mereka bertandang ke Belanda, mereka tewas 1-3 kepada Ajax di pusingan pertama pada 2012. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia