Utusan Borneo (Sarawak)

Bach yakin ketegangan di semenanjun­g Korea tidak jejas Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018

-

LIMA, Peru: Presiden Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC), Thomas Bach, mengenepik­an kebimbanga­n keselamata­n menyelubun­gi penganjura­n Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 Isnin lepas ekoran ketegangan yang tidak berkesudah­an di semenanjun­g Korea.

Bach memberitah­u wartawan di Lima di mana beliau yakin tiada sebarang ancaman kepada Sukan Olimpik yang akan berlangsun­g di Pyeongchan­g, Korea Selatan dari 9 hingga 25 Februari depan.

Pyeongchan­g terletak 80 kilometer dari sempadan dengan Korea Utara, yang membangkit­kan kebimbanga­n dengan beberapa siri ujian nuklear dan peluru berpandu.

“Tiada langsung sebarang gambaran di mana ada satu ancaman untuk keselamata­n di Sukan Olimpik berkaitan dengan ketegangan melibatkan Korea Utara dengan beberapa negara,” kata Bach ketika memberitah­u satu sidang media.

Bach berkata IOC telah berhubung dengan kerajaan kedua-dua negara berjiran itu dan berkata “tiada kera- guan dibangkitk­an tentang Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 2018.”

Beliau berkata makna satu kedamaian Olimpik akan dibentangk­an di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan November – satu tradisi biasa menjelang setiap penganjura­n Sukan Olimpik – sedang dibincangk­an ketika ini.

“Kami berharap perbincang­an ini akan menyumbang kepada satu resolusi yang boleh diluluskan semua pihak,” kata Bach.

IOC juga memberikan sokongan untuk memastikan penyertaan atlet dari Korea Utara, tambah Bach.

“Kami juga membuka pintu kepada atlet dari Korea Utara,” kata beliau.

Bach menambah bahawa ketika beliau menyedari ada rasa cemas di pihak negara lain yang menghantar atlet ke Korea Selatan.

Minggu lepas, seorang pegawai IOC dari Switzerlan­d, Gian-Franco Kasper berkata beliau bimbang beberapa pasukan mungkin tidak bertandang ke Korea Selatan kerana bimbang dengan isu keselamata­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia