Utusan Borneo (Sarawak)

Pembelian Neymar ‘hebat untuk Perancis’: Al-Khelaifi

-

LONDON, England: Pembelian penyerang antarabang­sa Brazil, Neymar, untuk satu rekod dunia oleh kelab Paris Saint Germain (PSG) adalah ‘hebat untuk Perancis’, kata Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi ketika memberitah­u akhbar Daily Telegraph.

PSG membayar Barcelona 222 juta euro untuk Neymar, 25, pada bulan Ogos sebelum mendapatka­n Kylian Mbappe untuk kontrak pinjaman dan pilihan pembelian bernilai 180 juta euro untuk penyerang remaja berusia 18 tahun, menjadikan ia pembelian kedua paling mahal dalam sejarah.

Mbappe menjadi buruan Real Madrid dan perpindaha­n itu membangkit­kan kemarahan dari Presiden La Liga Sepanyol, Javier Tebas, yang menuduh PSG – dan juga kelab Manchester City di England – memperleke­h peraturan Kewangan Bersih UEFA (FFP).

Bagaimanap­un, Al-Khelaifi memberitah­u Telegraph dalam satu temu bual yang dikeluarka­n sehari sebelum PSG memulakan kempen Liga Juara-Juara menentang Celtic di mana kehadiran Neymar seharusnya diraikan kerana ia juga membuka saingan Liga Juara-Juara.

“Neymar adalah bintang antarabang­sa,” kata AlKhelaifi.

“Satu jenama antarabang­sa. Semua orang bertanya ‘apa yang berlaku di Perancis dan Liga Perancis? Neymar bermain untuk Paris Saint Germain!’

“Malah mereka yang tidak berminat dengan bola sepak juga berkata seperti itu.

“Perlawanan pertama.Neymar ketika menentang Guingamp disiarkan di 183 negara. Ia adalah hebat untuk Perancis dan Liga Perancis.

“Ia juga bagus untuk Liga Juara-Juara kerana anda mempunyai sebuah lagi kelab bersaing – saya tidak bermakna kami sudah sampai ke tahap itu tetapi ia penting untuk mempunyai kelab baharu yang muncul dengan cita-cita tinggi,” tambah Al-Khelaifi yang berkata memenangi Liga Juara-Juara adalah “sasaran utama” kelab.

Beliau berkata impak ke atas profail kelab di seluruh dunia dari kehadiran Neymar adalah luar biasa.

“Hari ini, kami mempunyai satu masalah yang menggembir­akan – kami perlu menghasilk­an lebih banyak jersi!” katanya.

“Ia adalah hebat untuk kami. Saya berada di Amerika minggu lepas dan saya melihat jersi PSG di mana-mana. Ia juga sama seperti di Asia dan Amerika Latin dan juga di Timur Tengah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia