Utusan Borneo (Sarawak)

Thanabalan sedia timbang tawaran beraksi luar negara

-

KUALA LUMPUR: Penyerang skuad Bawah 22 (B-22) N Thanabalan berkata beliau sedia untuk mempertimb­angkan tawaran bermain di luar negara sekiranya ia dapat membantu mengubah nasib keluargany­a.

Namun pemain Felcra FC itu yang menjadi watak penting ketika membantu Malaysia meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan lepas menegaskan beliau perlu meneliti beberapa faktor terlebih dahulu termasuk soal untuk menjaga bapanya yang kini terlantar sakit.

“Setakat ini saya belum mendapat apa-apa tawaran, tapi saya ada dengar khabar angin tentang perkara tersebut melalui media. Kalau dapat tawaran bagus dari segi gaji dan sebagainya, mungkin saya akan pertimbang­kan.

“Kalau boleh saya mahu beraksi dengan pasukan yang dapat memberikan saya peluang selama 90 minit. Semestinya saya mengharapk­an tawaran yang lebih baik kerana perlu menjaga keluarga saya terutamany­a ayah saya yang kini lumpuh,” katanya kepada Bernama.

Sebuah akhbar tempatan sebelum ini melaporkan Thanabalan dan lima lagi pemain skuad B-22 diintai kelab Liga 1 Thailand selepas mereka mempamerka­n aksi memberangs­angkan pada KL2017.

Pemain lain ialah Muhammad Adib Zainudin, Adam Nor Azlin (Selangor), Mohd Syamer Kutty Abba dan Muhd Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang) serta pemain Pahang Muhamad Nor Azam Abdul Azih.

Pada masa yang sama, Namun Thanabalan yang merupakan pemain pinjaman Felcra FC memaklumka­n beliau perlu menghormat­i kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan yang akan tamat tahun depan.

Anak jati Seremban ini juga berkata tumpuannya ketika ini ialah untuk membantu Felcra FC layak beraksi ke saingan Liga Perdana musim depan.

“Pengurusan Felcra FC sudah banyak membantu saya dan rakan sepasukan. Jadi kami amat terhutang budi dan bertekad membantu pasukan layak beraksi ke Liga Perdana pada 2018,” katanya.

Felcra FC merupakan pasukan yang bersaing dalam Kejohanan Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). — Bernama

 ??  ?? THANABALAN
THANABALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia