Utusan Borneo (Sarawak)

Goalball: Misi hapuskan badi 12 tahun

-

KUALA LUMPUR: Mengutip lima pingat perak dalam lima edisi Sukan Para ASEAN sejak tahun 2005, membuatkan pasukan goalball lelaki kebangsaan bertekad mahu mengakhiri badi 12 tahun itu di bumi sendiri.

Lebih perit, kelima-lima harapan untuk memenangi pingat emas sebelum ini dimusnahka­n oleh seteru utama pasukan kebangsaan, Thailand.

Bagi memastikan skuad negara tidak berputih mata di halaman sendiri, pengurus pasukan, Datuk Kamarudin Hassan berkata pasukannya telah memulakan persiapan sejak bulan Julai yang lalu.

Menurut beliau, sebagai pasukan tuan rumah Sukan Para ASEAN kesembilan, mereka telah melakukan persiapan yang rapi agar mampu memberi keputusan yang cemerlang dan menunjukka­n persembaha­n yang terbaik untuk para penyokong tempatan.

“Persiapan meliputi menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan China di Hangzhou, dua bulan lepas.

“Di samping itu, kami juga mengadakan perlawanan persahabat­an bersama China yang merupakan pasukan di ranking keempat dunia dan ia merupakan pengalaman yang berharga buat para pemain,” katanya pada sidang media program Kita Juara di sini semalam.

Sementara itu, pasukan goalball kebangsaan turut memperkena­lkan skuad wanita yang akan beraksi di Sukan Para ASEAN nanti dan ia merupakan pertama kali kontinjen negara menghantar wakil bagi kategori wanita.

Kamarudin berkata sebanyak 12 pemain iaitu enam lelaki dan enam wanita akan membawa cabaran negara dalam temasya dwitahunan itu .

Menurut beliau lagi, semua barisan pemain dan jurulatih berasa yakin untuk menghadirk­an pingat emas bagi kategori lelaki serta menamatkan penantian selama 12 tahun acara itu manakala bagi kategori wanita hanya menyasarka­n sekurangku­rangnya pingat gangsa.

Pasukan goalball akan memulakan aks i pada 17 hingga 23 Sept ini bertempat di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia ( MITEC).— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia