Utusan Borneo (Sarawak)

Piala FAM: Kuching perlu manfaat kelebihan beraksi di laman sendiri

-

KUCHING: Pendatang baharu Piala FAM 2017, Kuching FA perlu memanfaatk­an kelebihan beraksi di laman sendiri, Stadium Negeri menjelang pertemuan dengan UKM FC pada aksi suku akhir pertama, 19 September ini.

Pengurus pasukan, Fazzrudin Abdul Rahman berkata skuad bimbingan Shahrizan Sahari itu bukan sahaja perlu memenangi perlawanan penting tersebut malah membawa bekalan jaringan selesa pada aksi kedua di tempat lawan nanti.

“Apa yang penting semua pemain mesti sentiasa fokus sepanjang tempoh perlawanan serta mengelak daripada melakukan kesilapan mudah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu berkata, Kuching FA telah melakarkan sejarah apabila layak ke peringkat suku akhir Piala FAM musim ini meskipun pertama kali menyertai kejo- hanan ketiga utama bola sepak negara itu.

Ini susulan kekalahan mengejut Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) 2-0 kepada Penjara FC sekali gus meletakkan Kuching FA berada kedudukan ketiga dengan 18 mata dalam Kumpulan B.

Turut mara Sime Darby FC, PJ Rangers FC dan Terengganu City FC,

Menyedari saingan semakin kompetitif, Fazzrudin optimis dengan kemampuan pemainpema­in Kuching FA dalam mengharung­i perlawanan pusingan kalah singkir kini akan bermula.

“Pencapaian layak ke suku akhir membuktika­n skuad warga kota telah menepati sasaran awal dalam kempen Piala FAM 2017 ini,” katanya.

Menurutnya, ternyata pengalaman lalu selaku juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2016 dipergunak­an dengan sebaikbaik­nya sebagai pendatang baharu pada kejohanan tersebut.

“Tidak dinafikan, pasukan yang bertanding lebih berpengala­man dan mantap jika dinilai di atas kertas namun apa-apa boleh berlaku dalam bola sepak,” jelasnya.

Fazzrudin berkata, apa yang pasti Kuching FA tidak mempunyai pilihan selain mencatatka­n kemenangan bagi membuka peluang cerah untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala FAM musim ini.

Selain itu, katanya, sorakan penyokong juga amat ditagih sebagai pemain ke-12 pasukan bagi memberi tonik kepada pemain-pemain mengharung­i saingan itu.

“Justeru, kita menyeru penyokong-penyokong setia bola sepak tempatan datang beramai-ramai ke Stadium Negeri Kuching pada 19 September ini bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan Kuching FA,” katanya.

Fazzrudin berkata, kemasukan ke stadium adalah percuma dan aksi kedua suku akhir akan berlangsun­g di Stadium UKM, Bangi pada 26 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia