Utusan Borneo (Sarawak)

Lima pemain remaja Sarawak bersaing kejohanan tenis ATF

-

KUCHING: Lima pemain remaja Sarawak bersaing pada kejohanan tenis Siri Ke- 12 Persekutua­n Tenis Asia ( ATF) Bawah 14 di Pusat Tenis Persatuan Tenis Sarawak (SLTA) di sini bermula semalam.

Mereka ialah Tan Xin Hung, Lydia Liong, Elsa Wan, Tan Lin En, Cornelius Sia dan Raidon Tan turut bersama 54 pemain lain termasuk pemain ranking Asia.

Kejohanan lima hari sehingga 17 September ini menyaksika­n penyertaan pemain dari Malaysia, Hong Kong, Sri Lanka, Filipina, Singapura, Indonesia, Viet- nam, Thailand dan India.

Presiden SLTA, Datuk Patrik Liew berkata kejohanan tersebut merupakan salah satu daripada program pembanguna­n pemain- pemain remaja.

“Kejohanan ini dianjurkan sejak 12 tahun lalu dan peserta bersaing untuk mengutip mata dalam ranking Asia,” katanya ditemui di sini.

Menurut Patrick, dua pemain Sarawak iaitu Mohd Assri Merzuki dan Ariez Elyaas Deen Hesham pernah beraksi pada kejohanan tersebut dan mereka berada kedudukan 10 terbaik ATF.

Katanya, kejohanan itu merupakan landasan terbaik kepada pemain-pemain muda berusia antara 10 hingga 14 tahun membangunk­an kemahiran dan teknik permainan serta menimba pengalaman.

“Tiada pusingan kalahsingk­ir pada kejohanan ini, semua pemain berpeluang beraksi sehingga 31 perla- wanan,” katanya.

Patrick berkata, sebahagian peserta merupakan pemain ranking ATF termasuk Elsa Wan (rangking 6 ATF) dan Tan Lin En (ranking 202 ATF) selain beberapa pemain negara baharu menamatkan kejohanan tenis di Selangor.

 ??  ?? PATRICK
PATRICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia