Utusan Borneo (Sarawak)

Pengembara­an Eropah ujian sebenar Klopp

Coutinho bakal diturunkan pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara menentang Sevilla

-

Coutinho bakal diturunkan pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara menentang Sevilla

LIVERPOOL, England: Apabila Jurgen Klopp tiba di Liverpool pada Oktober 2015, beliau ada berjanji: “Jika kami berada di sini selama empat tahun, saya fikir kami akan memenangi satu kejuaraan,” kata beliau.

Bulan hadapan meraikan ulang tahun kedua pelantikan Kl o p p , s epa ruh dari janji empat tahun beliau.

A p a p u n , m e - mang a d a peningka- tan ketika itu: sebuah pasukan yang berada di tangga ke-10 Liga Perdana apabila beliau tiba dan menamatkan musim di tangga keempat musim lepas. Sama ada ia menghampir­i satu kejuaraan atau tidak, ada banyak perbincang­annya. Liverpool melangkah ke dua final dalam tujuh bulan pertama Klopp sebagai pengurus, tewas menerusi penentuan penalti kepada Manchester City dalam Piala Liga Inggeris di Wembley dan tewas 1-3 kepada Sevilla dalam Liga Europa di Basel. Pe n g e m - baraan Eropah adalah bonus yang tidak dijangkaka­n. Jangkaan di Anfield adalah lebih tinggi sekarang tetapi Liverpool kelihatan jauh dari sebuah pasukan yang lengkap ketika mereka membuat persediaan untuk menentang Sevilla sekali lagi, kali ini dalam Liga Juara-Juara. Yang terbaik dan terburuk dalam 2017 ditunjukka­n apabila mereka menewaskan Hoffenheim dalam playoff kelayakan ke Liga JuaraJuara.

Liverpool menunjukka­n rentak serangan yang boleh mengancam pasukan terbaik di Eropah.

Pembelian Mohamed Salah telah membentuk gandingan segera dengan Sadio Mane dan Roberti Firmino.

Salah dan Firmino menjaringk­an gol dalam dua perlawanan timbal- balik sementara Mane terlibat dalam dua gol

Mereka memiliki bakat yang banyak di jentera serangan dan juga akan dapat menurunkan perancang Philippe Coutinho selepas gagal dalam satu cubaan untuk berpindah ke Barcelona.

Bagaimanap­un, di bahagian pertahanan, Liverpool kelihatan lemah di mana mereka bolos mudah dengan lebih dari tiga gol.

Benteng pertahanan juga masalah utama Liverpool musim lepas dan ia mungkin berterusan pada musim baharu.

Klopp mendapatka­n Loris Karius dari Mainz untuk menjadi penjaga gol utama tetapi menggugurk­annya pada pertengaha­n musim lepas. Ragnar Klavan, seorang lagi pemain yang dibeli Klopp, dari Augsburg, menggantik­an Dejan Lovren ketika dibelasah 0-5 oleh Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas. Bagaimanap­un, kekalahan itu mungkin tidak seteruk yang dibayangka­n sekiranya Mane tidak dibuang padang ketika Liverpool ketinggala­n 0-1. Ada ketikanya, ia seperti jika Klopp su d a h me n g - habiskan dua tahun dan terlalu banyak wang, membina se m u l a pasukan Li v e r - pool yang hampir memenangi kejuaraan liga di bawah kendalian Brendan Rodgers empat musim yang lalu Mereka tidak sabar untuk melakukan serangan tetapi mengundang bahaya di bahagian pertahanan, satu persoalan yang bakal dieksploit­asi oleh Sevilla. Banyak yang telah berlaku di Sevilla sejak Unai Emery membimbing kelab memenangi ke- juaraan Liga Europa untuk kali ketiga berturut-turut dan turut juga menewaskan Liverpool di final dua musim lepas.

Emery kini menjadi jurulatih di Paris Saint Germain (PSG) dan penggantin­ya, Jorge Sampaoli meletak jawatan pada akhir musim lepas untuk menjadi jurulatih kebangsaan Argentina.

Eduardo Berizzo tiba pada bulan Mei dari Celta Vigo dan berbelanja besar dengan membeli penyerang Luis Muriel dari Sampdoria dan Nolito dari Manchester City untuk menyokong penjaring terbanyak musim lepas, Wissam Ben Yedder.

Pemain tengah, Ever Benega sudah kembali dari Inter Milan, dengan Simon Kjaer menggantik­an tempat Adil Rami.

Pemain tengah, Pablo Sarabia dan Joaquin Correa masih kekal dan membantu Sevilla memulakan musim baharu La Liga dengan memberangs­angkan apabila.mengumpul tujuh mata dari tiga perlawanan.

“Liverpool adalah pasukan yang hebat dan kekalahan mereka Sabtu lepas tidak memberi sebarang makna pada perlawanan ini,” kata Berizzo. “Apa pun, mereka seperti haiwan yang cedera dan bersedia untuk mengamuk.” — AFP

Jika kami berada di sini selama empat tahun, saya fikir kami akan memenangi satu kejuaraan. Pep Guardiola Jurulatih Manchester City

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIHARGAI: Klopp memeluk Coutinho sebaik dikeluarka­n pada perlawanan separuh akhir kedua Piala EFL di antara Liverpool dan Southampto­n di Anfield pada 25 Januari 2017.
— Gambar Reuters DIHARGAI: Klopp memeluk Coutinho sebaik dikeluarka­n pada perlawanan separuh akhir kedua Piala EFL di antara Liverpool dan Southampto­n di Anfield pada 25 Januari 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia