Utusan Borneo (Sarawak)

The Eagles pecat De Boer selepas empat perlawanan

Palace tewas kesemua empat aksi Liga Perdana tanpa sebarang jaringan, dikaitkan dengan Hodgson

-

LONDON, England: Crystal Palace memecat pengurusny­a, Frank de Boer selepas permulaan buruk pada musim baharu Liga Perdana Inggeris musim ini di mana mereka tewas kesemua empat perlawanan pertama tanpa menjaringk­an sebarang gol.

Kelab yang berada di tangga ke- 19 liga itu kini dikaitkan dengan bekas jurulatih kebangsaan England, Roy Hodgson ekoran pemecatan De Boer.

“Kelab Bola Sepak Crystal Palace mengumumka­n pemecatan Frank de Boer,” kata satu kenyataan ringkas di laman sesawang rasmi kelab.

“Kami mahu berterima kasih kepada Frank di atas dedikasi dan kerja- keras beliau sepanjang berada di kelab.

“Seorang pengurus baharu akan dilantik dalam masa terdekat dan kami mengharapk­an yang terbaik untuk Frank di masa hadapan.”

De Boer, 47, di mana empat perlawanan beliau di kelab adalah jumlah paling rendah sebagai pengurus Liga Perdana, berkata dalam satu kenyataan ringkas menerusi akaun rasmi laman sosial Instagram di mana beliau kecewa dengan keputusan itu.

“Sangat kecewa dengan keputusan tetapi apa pun saya mahu berterima kasih kepada pemain, kakitan-

Kelab Bola Sepak Crystal Palace mengumumka­n pemecatan Frank de Boer. Laman sesawang rasmi Crystal Palace

gandan penyokong di atas sokongan mereka. Semoga berjaya di masa hadapan,” kata beliau engerusi Palace, Steve Parish, me n g g un akan l a- Twi t ter u n t u k meminta penyokong terus menyokong pasukan tetapi tidak mengeluark­an sokongan untuk De Boer.

Parish menulis: “Semua orang kecewa, saya juga kecewa, begitu juga pengurusan dan pemain. Kami tahu kami boleh lebih bagus dari ini.”

“Kami mengharung­i em- pat perlawanan, ia permulaan yang buruk tetapi kita semua harus terus bersatu.”

Palace setakat ini bolos tujuh gol selepas tewas kepada Huddersfie­ld Town, Liverpool, Swansea City dan Burnley.

Satu- satu kemenangan mereka musim ini ialah ketika menewaskan Ipswich Town pada pusingan kedua Piala Liga Inggeris bulan lepas.

De Boer berkata selepas kekalahan kepada Burnley di Turf Moor Ahad lepas: “Saya hanya memberi fokus kepada apa yang mampu saya kawal dan begitu juga dengan kakitangan dan pemain saya. Masa depan saya adalah di luar kawalan saya tetapi saya pengurus Crystal Palace dan saya memberikan fokus sepenuhnya.”

Palace adalah pasukan pertama yang tewas empat perlawanan pertama dan tanpa sebarang gol dalam liga elit sejak Preston North End pada musim 1924/ 1925.

De Boer berada di Selhurst Park hanya untuk 77 hari selepas menggantik­an Sam Allardyce dan ketika ia masih lama berbanding tempoh paling singkat untuk mana- mana pengurus Liga Perdana – dengan Les Reed hanya bertahan 40 hari di Charlton – beliau membimbing kurang dua lagi perlawanan.

Pemecatan itu menambah lagi rekod buruk De Boer, yang dipecat sebagai jurulatih Inter Milan walaupun mempunyai rekod yang baik bersama kelab Belanda, Ajax, di mana beliau memenangi empat kejuaraan Liga Belanda berturut- turut.

Hodgson, yang menjadi pilihan untuk mengisi ke- kosongan di Palace, mengganggu­r sejak meletak jawatan sebagai jurulatih England selepas tewas di pusingan kedua Euro 2016 kepada Iceland.

Pelantikan Hodgson kelihatan hampir pasti apabila Allardyce menolak peluang untuk dirinya kembali se- mula ke Palace.

“Saya bercakap dengan Steve lewat petang ini dan berkata, bagi saya, belum tiba untuk kembali semula,” kata Allardyce.

“Saya tidak akan berasa selesa untuk mengisi jawatan sebagai pengurus bola sepak ketika ini.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PENGURUS PALING SINGKAT: De Boer (tengah) kecewa apabila menyaksika­n pasukannya tewas di tangan Swansea pada perlawanan liga di laman sendiri pada 26 Ogos lepas.
— Gambar Reuters PENGURUS PALING SINGKAT: De Boer (tengah) kecewa apabila menyaksika­n pasukannya tewas di tangan Swansea pada perlawanan liga di laman sendiri pada 26 Ogos lepas.
 ??  ?? m a n sosial
m a n sosial

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia