Utusan Borneo (Sarawak)

Ayew berikan hadiah yang sempurna buat Bilic

-

LONDON, England: Pedro Obiang dan Andre Ayew menjaringk­an gol untuk memberikan hadiah ulang tahun kelahiran ke-49 yang sempurna buat pengurus kelab West Ham United, Slaven Bilic ketika menewaskan Huddersfie­ld 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Isnin lepas.

Obiang membuka jaringan sebelum Bilic meraikan gol kedua Ayew untuk mata pertama West Ham musim ini.

Kekalahan kepada Huddersfie­ld akan meletakkan Bilic dalam bahaya menjadi pengurus kedua yang dipecat musim ini selepas Frank de Boer dipecat oleh Crystal Palace, yang masih tanpa sebarang mata, Isnin lepas.

“Kami bermula dengan tiga perlawanan di tempat lawan (mereka tidak dapat beraksi di gelanggang sendiri sehingga Stadium London diubah semula selepas Kejohanan Olahraga Dunia) dan mengalami tiga kekalahan. Perlawanan malam ini adalah perlawanan harus menang,” kata Bilic ketika memberitah­u Sky Sports.

“Saya merasai tekanan sepa- njang tahun s eka r ang . Ia mungkin tidak logik untuk saya berada dalam keadaan tertekan selepas hanya tiga perlawanan tetapi ia lumrah dalam bola sepak moden. “Hari ini adalah ulang tahun kelahiran saya dan kemenangan ini adalah hadiah yang hebat untuk saya.”

Bagi Huddersfie­ld, ia adalah kekalahan pertama mereka dan juga kali pertama mereka bolos – satu permulaan memberangs­angkan sejak naik ke Liga Perdana.

Satu perlawanan yang menarik tetapi kualitinya hambar menyaksika­n West Ham, dengan Andy Carroll kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan, hampir menjaringk­an dua gol dalam separuh masa pertama.

Javier Hernandez melihat rembatanny­a terkena palang sementara penjaga gol Huddersfie­ld, Jonas Loessl sempat menolak bola sebelum melepasi garisan pintu golnya dari tandukan James Collins pada minit ke-22.

Bagaimanap­un, pasukan tuan rumah selayaknya di hadapan 18 minit sebelum tamat permainan dengan sedikit tuah, yang tidak menyebelah­i mereka pada tiga perlawanan liga terakhir.

Rembatan Obiang kelihatan tersasar tetapi bola terkena Mathias Jorgensen dan mengeliruk­an Loessll tetapi gol kedua tidak memerlukan tuah apabila Ayew tenang merembat bola ke pintu gol.

Huddersfie­ld cuba bangkit dari tidak bernasib baik untuk merapatkan kedudukan apabila tandukan Tom Ince terkena palang. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL KEMENANGAN: Ayew (tiga kanan) menjaringk­an gol kedua West Ham ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Huddersfie­ld di The London Stadium, timur London pada Isnin lepas.
— Gambar Reuters GOL KEMENANGAN: Ayew (tiga kanan) menjaringk­an gol kedua West Ham ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Huddersfie­ld di The London Stadium, timur London pada Isnin lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia