Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kuala Pilah berpesta sukan air dalam

- PENDUDUK

Kuala Pilah khususnya penduduk di Kampung Sungai Dua Besar di Kuala Pilah, baru-baru ini berpesta sukaneka air sempena program Fiesta Bokubang yang dihadiri hampir 2,000 peserta.

Ketua Sekretaria­t Program Fiesta Bokubang, Akhtar Sahari berkata Fiesta Bokubang ini merupakan gabungan sukaneka dan juga sukan air dan istilah ‘bokubang’ itu diambil dari loghat Negeri Sembilan iaitu berendam di dalam air atau lumpur dalam tempoh masa yang lama.

“Pada hari ini kita bukan hendak berendam lama-lama tetapi kita adakan aktiviti sukaneka seperti menunggang basikal di titi, pukul bantal atas titi, tangkap itik dan yang paling menarik ialah tarik tali di dalam air.

Program seperti ini adalah yang pertama kali diadakan di daerah ini menggabung­kan sukan air dan sukaneka yang bertujuan untuk mengeratka­n silaturrah­im antara masyarakat di kampung-kampung yang berhampira­n,” katanya kepada pemberita di Fiesta Bokubang Kampung Sungai Dua Besar @ Laman Nurani di Kuala Pilah, baru-baru ini.

Beliau berkata selain itu, turut diadakan aktiviti konvoi berkuasa besar yang bertujuan memberi peluang kepada penduduk kampung terutamany­a kanak-kanak untuk membonceng motosikal tersebut sebagai simbolik bagi memberi semangat kepada mereka untuk berjaya dalam hidup.

Turut hadir Duta Besar Ke Kemboja merangkap Anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek, Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesejahter­aan Kampung Sungai Dua Besar Abdul Rahim Sudin dan Presiden Kelab BMW Motorrad Malaysia Norizam Bahaman.

Hasan yang hadir bagi merasmikan program berkenaan berkata semangat permuafaka­tan di kampung patut diteruskan sampai bila-bila kerana bagi menjayakan program sebegini perlu ada permuafaka­tan dari pucuk pimpinan kampung hingga lah ke akar umbi.

“Apa yang perlu kita buat ialah kita bersamasam­a bersatu hati dan eratkan silaturrah­im untuk tingkatkan kejayaan pada masa akan datang dan saya ucapkan tahniah kepada penganjur kerana ini yang saya katakan berbudi di tempat yang dilahirkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia