Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa khas kenal pasti taman marin di Sabah

Bantu k’jaan capai sasaran warta 10 peratus taman marin

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menubuhkan jawatankua­sa khas untuk mengenal pasti kawasan perairan dan pulau di negeri ini yang boleh diwartakan sebagai kawasan pemulihara­an taman marin.

Menterinya Datuk Masidi Manjun berkata jawatankua­sa khas yang ditubuhkan minggu lepas itu antara lain berperanan untuk mencapai sasaran kerajaan negeri untuk mewartakan 10 peratus daripada kawasan perairan di Sabah se- bagai taman marin menjelang tahun 2020.

“Jawatankua­sa khas ini yang dipengerus­ikan oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming akan mempertimb­angkan beberapa lokasi baharu di kawasan perairan yang boleh diwartakan sebagai taman marin.

“Komitmen itu (mewartakan taman marin) juga seiring dengan hasrat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu kerajaan negeri komited dalam memulihara hidupan marin di seluruh negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamata­n Persekitar­an Maritim di sini, semalam.

Masidi berkata, setakat ini taman marin di Sabah meliputi keluasan 200 juta hektar iaitu 7.4 peratus daripada kawasan perairan negeri terdiri daripada Taman Marin Mustapha, Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Tunku Abdul Rahman.

Mengulas mengenai bengkel anjuran US Pacific Command (USPACOM), dengan kerjasama kerajaan negeri itu, Masidi berkata bengkel yang berlangsun­g selama tiga hari bermula hari ini antara lain membincang­kan mengenai dasar- dasar perlindung­an alam sekitar marin di Sabah.

“Saya berharap bengkel ini akan memberi manfaat yang sangat besar untuk kita menghadapi isu alam sekitar marin di Sabah.

“Melalui bangkel ini kita juga berharap dapat mempelajar­i teknologi dan idea baru terutamany­a mengenai perubahan iklim dan kesannya terhadap habitat marin serta kehidupan dan kesejahter­aan masyarakat di negeri ini,” katanya. — Bernama

 ??  ?? DAPAT RESTU: Pang (duduk, tengah) berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke tapak pembinaan.
DAPAT RESTU: Pang (duduk, tengah) berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke tapak pembinaan.
 ??  ?? KECEMASAN: Anggota APMM membantu salah seorang pesakit di dalam van ambulans.
KECEMASAN: Anggota APMM membantu salah seorang pesakit di dalam van ambulans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia