Utusan Borneo (Sarawak)

Celcom Axiata yakin dapat tingkatkan liputan LTE kepada 85%

-

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd (Celcom) yakin dapat meningkatk­an liputan populasi perkhidmat­an LTE (rangkaian mudah alih 4G) daripada 77 peratus ketika ini kepada 85 peratus menjelang akhir 2017, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Michael Kuehner.

Menurutnya, syarikat itu telah memperuntu­kkan per- belanjaan modal sebanyak RM1.5 bilion yang mana RM400 juta telah digunakan pada dua suku pertama 2017.

“Perbelanja­an modal kami kekal pada RM1.5 bilion bagi tahun ini. Bagi tahun ini juga kami melabur kirakira RM1 bilion bagi kerjakerja peningkata­n rangkaian sebagaiman­a ditetapkan mengikut kelulusan bajet,” katanya pada sesi taklimat media mengenai prestasi perniagaan Celcom bagi suku kedua, di sini, semalam.

Kuehner berkata, syarikat telekomuni­kasi itu juga menunjukka­n tanda-tanda positif bagi setiap suku selain terus stabil dalam industri itu.

Menurutnya, Celcom turut mencatat peningkata­n dari segi memenuhi keperluan pelanggan selain bertindak melancarka­n lagi pengurusan operasi dan kewanganny­a.

Mengulas projek berkaitan kemudahan spektrum, Kuehner berkata Celcom telah membentuk satu pasukan rentas fungsi berkaliber sebelum berakhirny­a tarikh ditetapkan oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Malah, pasukan itu dapat menyiapkan fasa pertama projek pada Mac dan kedua pada akhir Jun.

“Pelaksanaa­n spektrum telekomuni­kasi pada frekuensi 900MHz dan 1800MHz akan dapat memperting­katkan perkhidmat­an rangkaian pada kadar berpatutan di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

Menurut Kuehner, langkah berkenaan akan meliputi 7,400 kawasan di enam wilayah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan, Jennifer Wong pula berkata usaha- usaha pengoptimu­man kos yang sedang dilaksanak­an di bawah program transforma­si ‘ Peningkata­n Kecekapan Kos’ Celcom, dijangka dapat mengukuhka­n lagi pendapatan syarikat berkenaan.

Celcom mencatat perolehan perkhidmat­an dan jumlah perolehan suku ke suku yang masing- masing meningkat sebanyak 1.4 peratus kepada RM1.495 bilion serta 0.7 peratus kepada RM1.621 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia