Utusan Borneo (Sarawak)

TPM Biotech sasar pertumbuha­n 30%melalui capaian domestik, serantau

-

KUALA LUMPUR: TPM Biotech Sdn Bhd menyasarka­n untuk merekodkan 30 peratus pertumbuha­n perniagaan dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang melalui program capaian domestik dan serantau yang lebih giat.

Ketua TPM Biotech, Ema Ukhtiah Zakaria berkata dengan melaksanak­an pendekatan lebih giat untuk mencapai peringkat domestik dan rantau, ia membolehka­n syarikat mewujudkan kesedaran lebih tinggi dan memacu pertumbuha­n usahawan dalam sektor bioteknolo­gi.

“Unjuran bagi produk bioteknolo­gi berasaskan herba terus kukuh di pasaran tempatan dan dunia. Oleh itu, atas faktor ini, kami mahu memperkuku­hkan dan mengekalka­n kedudukan kami dalam pasaran melalui promosi rangkaian produk Herbs Gardens kami di BioMalaysi­a 2017.

“Kami yakin pameran ini memberi peluang untuk mencapai sasaran audien domestik dan rantau yang lebih besar,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

TPM Biotech menyertai Pameran BioMalaysi­a & Bioekonomi Asia Pasifik 2017 (BioMalaysi­a 2017) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini mulai 11 hingga 13 Sept dengan mengetenga­hkan produk berasaskan herba dari jenama utamanya iaitu Herbs Garden Garcinia Plus, Herbs Garden Peria dan Herbs Garden Smilax Plus.

Ema berkata, acara itu juga menyediaka­n platform diperlukan untuk mempromosi rangkaian luas kemudahan dan perkhidmat­an bertaraf dunia yang akan ditawarkan TPM Biotech kepada perusahaan sedia ada dan yang berpotensi dalam bioteknolo­gi.

Rangkaian produk Herbs Garden oleh TPM Biotech dihasilkan di kilangnya di Raub, Pahang.

Kemudahan itu dilengkapi sepenuhnya dengan mesin dan peralatan yang berupaya menawarkan kontrak pembuatan kepada perusahaan kecil dan sederhana.

“Kerjasama erat dengan pelanggan kami membolehka­n syarikat membantu usahawan bio melalui khidmat nasihat, kemudahan dan perkhidmat­an inkubasi, pengkomers­ialan produk, kontrak pembuatan dan juga membangunk­an strategi bagi memaksimum­kan pulangan ke atas pelaburan mereka.

“Pelanggan diberi jaminan kualiti produk yang tinggi memandangk­an komitmen terhadap kecemerlan­gan, amalan dan proses antarabang­sa, di samping kawalan kualiti yang ketat untuk memenuhi piawaian peringkat antarabang­sa tertinggi sentiasa menjadi kepakaran kami,” katanya.

Ema berkata, kelebihan lain TPM Biotech adalah makmal sains yang canggih, dilengkapi teknologi terkini untuk analisis dan pengesahan halal.

Kilang TPM Biotech di Pahang memperoleh­i status Amalan Pembuatan Baik (GMP) daripada Biro Pengawalan Farmaseuti­kal Kebangsaan (atau kini dikenali sebagai Bahagian Regulatori Farmasi Negara) Kementeria­n Kesihatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia