Utusan Borneo (Sarawak)

Saham FGV terus mendapat perhatian

-

KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Ventures Holdings Bhd ( FGV) di Bursa Malaysia terus menarik perhatian, dengan dagangan saham syarikat itu kekal aktif, dan kumpulan itu mula menunjukka­n kemajuan dalam menyelesai­kan isu dalam kumpulan berkenaan.

Pada jam 10.41 pagi, kaunter syarikat itu meningkat empat sen kepada RM1.75 dengan 8.82 juta saham bertukar tangan.

Pada Isnin, kumpulan itu mengesahka­n laporan bahawa Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, 56, dilantik sebagai pengerusi baharu syarikat, berkuat kuasa 11 Sept, menamatkan banyak spekulasi mengenai siapa yang akan bakal menerajui FGV.

Azhar mengambil alih jawatan itu dariapda Pemangku Pengerusi Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, sejajar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Sept, 2017.

Mesyuarat selama tiga jam bersama pengurusan kanan FGV semalam yang dipengerus­ikan Azhar, memberi tumpuan kepada rancangan dan usaha untuk meningkatk­an prestasi syarikat, tindakan yang penting bagi syarikat menjadi lebih berdaya saing dan dapat mencapai pertumbuha­n mampan pada masa depan.

Azhar dalam laporan media semalam berkata walaupun menghadapi krisis, keadaan itu bukan halangan bagi FGV untuk terus meningkatk­an momentum perniagaan­nya.

FGV hanya akan memberi tumpuan kepada perkara positif dan menyelesai­kan setiap masalah secara berperingk­at- peringkat, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia