Utusan Borneo (Sarawak)

TCIE lancar trak tugas sederhana Croner

Memahami kehendak pelanggan dan keperluan perniagaan agar sentiasa di hadapan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: UD Trucks, bersama-sama dengan pengedar tunggalnya, Tan Chong Industrial Equipment (TCIE) semalam melancarka­n trak tugas sederhana Croner serba baharu bagi pasaran Sabah dan Sarawak.

Majlis pelancaran tersebut diadakan di TC Motors Sarawak (TCW), iaitu subsidiari Tan Chong Motor Holdings dan pengedar TCIE yang dihadiri Pengurus Urusan Hub Malaysia UD Trucks, Filip Van den Heede serta Ketua Pegawai Eksekutif Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd Wong King Yoon di sini.

Rangkaian trak Croner, salah satu trak daripada UD Trucks yang paling menjimatka­n bahan api dan ia menggabung­kan siri enjin GHE, transmisi automatik baharu dan reka bentuk kabin yang lebih aerodinami­k dan ia membolehka­n trak Croner mengurangk­an pekali seretan (coefficien­t of drag) seterusnya menambah baik tahap penggunaan bahan api.

Sementara itu Wong dalam ucapannya berkata, Tan Chong Group meraikan ulang tahun ke-60 pada tahun ini dan dengan kejayaan selama 60 tahun dalam perjalanan perniagaan automotif dan sebagai perintis industri, pihaknya amat berbesar hati dengan pencapaian mereka pada hari ini.

“Selaku pengedar tunggal UD Trucks di Malaysia sejak TCIE ditubuhkan, saya ingin menyatakan bahawa kami berbangga kerana dapat menyumbang ke arah pertumbuha­n jenama ke tahap ini.

“Ia telah menjadi jenama Jepun yang cukup menyerlah dan dipercayai dalam industri trak di Malaysia. Sejak beberapa tahun lalu, kami telah memperluas­kan dan mengembang­kan perniagaan ke Sabah dan Sarawak serta sentiasa mencabar diri untuk menjadi pembekal kenderaan perdaganga­n terbaik kepada pelanggan kami di sini,” katanya.

Tambah beliau, tawaran kuasa UD Trucks mereka serta respons terhadap keperluan yang berkembang dalam industri logistik serta pengangkut­an di Sabah dan Sarawak menunjukka­n komitmen mereka kepada pelanggan mereka di kedua negeri.

“Dengan memahami kehendak pelanggan dan keperluan perniagaan, Croner direka untuk membantu mereka agar sentiasa berada di hadapan, menerusi konsep mudah iaitu penjimatan masa dan peningkata­n masa operasi,” kata Wong.

Sementara itu Filip dalam ucapannya berkata, keunggulan Croner dapat dilihat dari tiga aspek terbaik iaitu warisan dan pertukanga­n Jepun pada UD Trucks, prinsip keselama- tan dan teknologi global Volvo Group serta sumber dan pengetahua­n mendalam terhadap pasaran tempatan oleh TCIE selaku rakan pihaknya.

“Matlamat kami adalah untuk membina trak yang diperlukan oleh dunia pada hari ini. Kami berjaya melakukann­ya melalui model Croner. Kami mengambil kira maklum balas dan pengalaman yang kami terima sejak pengenalan rangkaian trak tugas berat Quester kemudian mengguanak­annya dalam reka bentuk dan binaan Corner serba baharu,” kata Filip.

Croner hadir ke pasaan Malaysia dalam dua model berat kasar kenderaan (gross vehicle weight) iaitu LKE dan PKE. Varian tapak roda kenderaan turut menawarkan konfiguras­i yang luas untuk memenuhi keperluan spesifik pelbagai industri berbeza.

Sistem brek udara sepenuhnya ( termasuk sistem brek anti kunci, ABS) dengan brek drum S-cam yang boleh dipercayai juga ditawarkan kepada semua varian. Ia menjanjika­n keselamata­n yang tinggi dan ketahanan yang lasak pada Croner. Sistem ABS yang digunakan dalam UD Trucks didatangka­n dengan Electronic Brake Distributi­on (EBD).

Ia membantu gandar belakang daripada brek secara berlebihan dan menghadkan tekanan brek berdasarka­n kepada roda. Bukan itu sahaja, suspensi udara pada model PKE turut ditawarkan sebagai pilihan untuk melindungi kargo pelanggan apabila melalui jalan yang kasar.

Pelanggan yang membeli UD Trucks turut disokong oleh perkhidmat­an UD Extra Mile Support. Ia merangkumi Servis dan Alat Ganti Tulen UD, Latihan Pemandu UD dan Perjanjian Servis UD untuk para pelanggan.

Croner disertakan dengan sistem pemantauan jarak jauh UD Trucks - UD Telematics. Sistem itu memastikan kenderaan pengangkut­an para pelanggan UD dikemaskin­i dalam format masa sebenar. UD Telematics juga membuat penyediaan maklumat tentang kenderaan, pengesanan lokasi, laporan bahan api dan membantu mereka memantau kondisi trak untuk pelanggan.

Ini merangkumi peringatan servis, diagnosis jarak jauh dan bantuan kerosakan yang pantas. Semua ini dapat membantu mengurangk­an masa tidak boleh beroperasi, menambah baik penjimatan bahan api, menurunkan kos dan meningkatk­an produktivi­ti perniagaan.

Sempena pelancaran terse- but, TCIE turut menawarkan rebat menarik sebanyak RM5,000, tambah RM2,000 baucar bahagian, untuk setiap tempahan Croner serba baharu mulai sekarang hingga Ogos 31, 2017.

Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli Croner juga boleh menikmati pembiayaan penuh 100 peratus untuk pembelian mereka. Pembiayaan ini sah hingga 31 Disember 2017 atau selagi stok masih ada dan tertakluk kepada terma dan syara dan maklumat lanjut mengenai TCIE dan UD Trucks, sila hubungi: 03-61899832. BATU KAWAN: Gergasi perabot Sweden, IKEA, merancang untuk memperkena­lkan kedai dalam talian di Malaysia pada tahun depan bagi memenuhi peningkata­n permintaan untuk produknya.

Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer berkata, laman web e-dagang akan memudahkan pelanggan untuk mengakses dan membeli pelbagai produk syarikat.

“Kami merancang untuk melancarka­n perkhidmat­an e-dagang di Singapura dalam tempoh dua minggu, dan memperkena­lkannya di Malaysia pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah untuk gedung IKEA Pulau Pinang oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini semalam.

Dijadualka­n untuk pembukaan pada suku pertama 2019, IKEA Pulau Pinang merupakan gedung keempat syarikat itu di Malaysia, selepas Damansara dan Cheras di Selangor serta Tebrau di Johor Bahru.

“Kami telah melabur kirakira RM600 juta untuk IKEA Pulau Pinang bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pelawat-pelawat kami.

“IKEA Damansara menerima kira-kira enam juta pengunjung setiap tahun. Kami benar- benar berharap bahawa IKEA Pulau Pinang akan dapat menarik lebih ramai pengunjung sebaik sahaja ia dibuka. Gedung itu akan mewujudkan kira-kira 450 peluang pekerjaan dan pelbagai peluang perniagaan lain untuk para pembekal,” kata Rojkjaer. — Bernama

 ??  ?? UNTUK PASARAN: Wong (dua kanan) dan Filip (tiga kiri) bersama yang lain beraksi dengan trak tugas sederhana iaitu Croner, keluaran UD Trucks semasa majlis pelancaran, semalam.
UNTUK PASARAN: Wong (dua kanan) dan Filip (tiga kiri) bersama yang lain beraksi dengan trak tugas sederhana iaitu Croner, keluaran UD Trucks semasa majlis pelancaran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia