Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam fail petisyen, polis Filipina gantung ujian dadah

-

MANILA: Polis dipaksa berhenti mengendali­kan tinjauan dan ujian dadah di kawasan terbesar dengan penduduk paling ramai di ibu negara Filipina selepas sebuah kumpulan peguam yang mewakili penduduk memfailkan petisyen di mahkamah, kata seorang ketua polis semalam.

Ribhuan penduduk sudah ditinjau dan beberapa ratus sudah diuji dalam kempen anti-narkotik dari pintu ke pintu dalam dua komuniti di Quezon City, Manila, bermula Mei tahun ini, sebahagian daripada perang berdarah Presiden Rodrigo Duterte ke atas dadah.

Kumpulan hak asasi manusia dan penentang politik Duterte menyatakan ujian yang dikendalik­an oleh polis adalah sama seperti gangguan yang boleh membahayak­an sesiapa yang didapati positif.

Aktivisber­katajumlah­ramai pengguna sudah dibunuh dalam kempen antidadah itu, selalunya oleh lelaki bersenjata yang bermisteri.

Pegawai komuniti masih dibenarkan untuk pergi sekitar 142 kawasan kejiranan di kota berkenaan dan meminta orang ramai melengkapk­an tinjauan mengenai penggunaan dadah dan mengambilm ujian air kencing secara sukarela, kata ketua polis Quezon City, Guillermo Eleazar.

“Polis tidak lagi memainkan peranan yang aktif dalam aktiviti antidadah,” kata Eleazar kepada Reuters, sehari selepas dia menghadiri perbicaraa­n di mahkamah mengenai petisyen untuk menghentik­an ujian polis.

“Kakitangan berseragam kita kini dihadkan kepada menyediaka­n keselamata­n dan mempamerka­n diri atas permintaan pegawai barangay (komuniti) kita. Mereka tidak lagi mengambil bahagian dalam usaha menanyakan soalan dan mengambil sampel air kencing,” katanya.

Keputusan itu dibuat ketika polis Filipina diperhatik­an dengan intensif oleh media be rhubung ke l akuka n mereka dalam satu kempen anti- narkotik yang sudah mengorbank­an ribuan orang Filipina sejak 15 bulan lalu dan mencemaska­n pemantau hak asasi manusia.

Aktivis dan beberapa ahli politik pembangkan­g m e n u d u h D u t e r t e melaksanak­an dasar bunuh yang mahu menghapusk­an suspek yang disyaki pengedar dadah dan bukannya menahan mereka.

Duterte dan polis menolak tuduhan sedemikian dan berkata mereka yang dibunuh melawan penangkapa­n dengan ganas. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia