Utusan Borneo (Sarawak)

Amal isirong aprikot, lelaki keracunan

-

PARIS: Seorang lelaki yang selama lima tahun mengambil dos harian ekstrak isirong aprikot yang diuar-uarkan sebagai perisai kanser semula jadi, akhirnya mengalami keracunan sianida namun tetap memilih untuk meneruskan amalannya itu, satu jurnal perubatan melaporkan semalam.

Masalah itu dikesan apabila paras oksigen yang luar biasa rendah diukur dalam darah lelaki itu ketika dia dibius untuk satu operasi, doktor menulis dalam BMJ Case Reports.

Ujian darah menunjukka­n paras sianida amat tinggi.

Apabila dia tersedar, lelaki itu memberitah­u doktor bahawa dia mengamalka­n dos harian dua sudu teh ekstrak isirong aprikot buatan sendiri sejak lima tahun lalu, selain tiga tablet supplemen herba isirong buah itu setiap hari.

Masalahnya di sini adalah isirong aprikot, walaupun disebut-sebut peniaga dalam talian sebagai mempunyai semua faedah kesihatan, juga mengandung­i sianida.

Lelaki itu mengambil lebih 17 miligram ekstrak itu setiap hari, cukup untuk menaikkan paras sianida dalam darah kepada kira-kira 25 kali paras yang diterima, kata pasukan berkenaan.

Menurut laman sesawang perubatan, 50 miligram atau kira-kira satu hingga dua sudu teh racun itu yang diambil secara oral mampu untuk membunuh seseorang seberat 72 kilogram.

Kes lelaki itu menunjukka­n preskripsi kendiri dengan ubatan supplemen boleh menyebabka­n keracunan yang berpotensi berbahaya, dan masalah itu mungkin lebih berleluasa kini, rumus penyelidik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia